Vaksin

Adakah Vaksin dapat kurangkan Komplikasi?

Orang selalu cerita dekat luar sana pasal kebaikan vaksin untuk cegah penyakit cegahan vaksin. Bukti saintifik bersepah pun masih ada lagi yang ragu2, pertikai macam2.

Apa kata kalau kali ni aku bagi cerita dari satu perspektif baru pulak. Sebab selalu sangat dengar vaksin boleh cegah, apa kata dengar cerita pasal macam mana vaksin boleh kurangkan komplikasi penyakit pulak kan.

Ni cerita masa aku medical student dulu. Agak-agak jela berapa tahun dulu, malas nak sebut nanti tahu pulak umur sebenar aku. Haha. Macam biasa la, medical student ni kerja dia cari kes je untuk bentang dengan pensyarah dalam kelas. So satu hari ni aku dapatla clerk (temuramah) sorang adik ni, kita namakan adik Q, umur dalam 6 tahun.

Actually pada awalnya bukan nak clerk sangat pun sebab tengok budak tu ada tracheostomy tube (tiub masuk dekat leher tu), dengan muka dia macam ada ‘abnormality’ sikit. So dalam hati aku agak2 mesti kes kronik ni, mesti banyak nak tanya so aku pun malas la. Haha. Jujur betul aku ni. Yela. Kalau clerk lama, balik lambat. Kalau balik lambat takde life.

Berbalik pada cerita. Mula-mula memang malas tapi sebab aku ni jenis suka budak (bukan pedo ok), budak ni pulak jenis peramah, aktif kat dalam wad. Nak2 dia duduk lama dalam wad tu. So everytime aku pergi wad kanak2 tu mesti aku spend time sikit main dengan dia. End up jadi rapat dengan adik Q dengan mak dia, kak S.

Aku pun akhirnya tergerak la hati nak tahu cerita adik Q ni. Kenapa masuk wad, kenapa kena pasang tracheostomy tube, kenapa muka nampak ‘tak normal’. Mak dia, kak S ni umur 30 an, ada 3 orang anak semua, adik Q paling bongsu. Kak S ni kerja kilang produk latex tak salah aku. Orang susah, so dia dgn suami masing-masing kerja. Dan biasa la kan kalau kerja kilang ni faham-fahamlah warga asing bersepah.

Dan dijadikan cerita, dia dapat rezeki mengandungkan adik Q. Masa mengandung pun still kerja lagi dan standard KKM dekat Malaysia ni, ibu mengandung akan diberi vaksin jugak untuk penyakit hep B dan rubella. Masuk kandungan ke berapa minggu (aku dah lupa), ikut scan nampak macam kandungan bermasalah. Nak pendekkan dan senang cerita, anak dia, adik Q disahkan menghidap penyakit congenital rubella syndrome. Ia berlaku disebabkan jangkitan virus rubella.

Agaknya mungkin kena daripada warga asing dari tempat dia kerja kot. Macam-macam komplikasi adik Q ada sejak lahir, aku tak ingat semua tapi tak salah macam salah satunya Patent Ductus Arteriosus(PDA). Ia adalah keadaan dimana salur darah ductus arteriosus dibahagian jantung yang masih terbuka menyebabkan darah beroksigen dan kurang beroksigen bercampur. Sepatutnya selepas sahaja lahir, salur darah tersebut akan tertutup dengan sendirinya. Ini menyebabkan pesakit selalu kekurangan oksigen dalam badan.

Ada pernah dulu kena masuk wad dan kena intubated (masuk tiub pernafasan dalam mulut), dan sebab lama sangat intubated adik Q terpaksa menjalani pembedahan tracheostomy tube insertion (masukkan tiub pernafasan melalui leher).

Secara jujur, penyakit congenital rubella syndrome ni memang aku pernah jumpa atas kertas je. Maksudnya dalam buku, tak pernah real life. Dan kalau kau baca pasal penyakit ni, memang banyak gila komplikasi dia. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Antara contoh komplikasi dia yg lain, boleh gugur kandungan, kelahiran bayi tak matang, jantung pulak boleh dapat PDA, keradangan otot jantung (myocarditis), masalah injap, mata pulak katarak, glaukoma, masalah saraf mata, otak pulak rendah IQ, masalah saraf, macam-macam lagi la. Panjang kalau nak list kan. Tapi apa yg aku kagum, tak ada langsung ciri-ciri tu dekat dia. Masalah pun cuma jantung dan pernafasan dia je. Tumbesaran macam biasa, otak ligat nak mampuih, aktif semacam. Kalau takde tiub pernafasan dekat leher tu, aku syak takkan ada orang tahu pun yang adik Q ni ada penyakit.

Aku pun teringat kata-kata pensyarah aku dulu. Vaksin ni bukanlah 100% mencegah penyakit. Takde orang berani jamin macam tu. Cuma sekurangnya kalau kena komplikasi dia takkan seteruk orang yg tak ambil. Dan hari ni bukti terpampang depan mata aku. Mujur kak S buat keputusan tepat untuk terima vaksin dari KKM, kalau tak adik Q yang aku kenal takkan seperti apa yang aku nampak sekarang.

Oh ya. Lupa nak bagitahu, quote dekat atas tadi tu sebenarnya pensyarah aku bahagian fisiologi yang bagi. Antara ayat lain yang aku akan selalu ingat, dia kata beruntung kita semua hari ni dah ada vaksin. Jadi sekarang sangat teramat jarang untuk dapat tengok orang menghidap penyakit polio macam yang dia ada. Jarang untuk tengok orang yang lumpuh pinggang ke bawah dengan kaki yang teramat kurus bertongkat 24jam.

Aku rasa kalau la masyarakat awam ni ada pengalaman tengok kes-kes penyakit cegahan vaksin ni memang tanpa ragu akan terus ambil vaksin tanpa banyak soal. Sebab apa yang aku nampak sekarang diorang masih lagi tak nampak benefit yang outweight the risk. Takpelah. Mungkin satu hari nanti mereka akan faham. Dan harap2 satu hari tu nanti mereka faham bukan sebab penyakit pelik2 muncul balik dah la.

P/S: Sekarang adik Q dah masuk darjah 2. Bukan setakat sihat, aktif bukan main dia ni. Belajar dalam kelas pun top. Dan tak pernah lagi aku jumpa budak yang eager nak pergi sekolah sebab nak main dengan kawan-kawan dia. Hahaha

Setiap artikel akan dibayar RM8