aku anak yang dibenci
Keluarga

Aku Anak Yang dibenci

Kami ni adik beradik ramai. 8 orang semuanya. 3 lelaki 5 perempuan. Hidup kami ni susah jugak. Ayah aku kerja ukur tanah. Memang susah dengan adik beradik ramai. Semua tengah sekolah masa tu. Mak aku jual kuih. Pagi sebelum pergi sekolah, ayah aku akan hantar kuih ke kedai. Petang tugas kami adik beradik pergi kutip duit kuih.

Apa yang aku ingat, anak jantan tak pernah merasa susah. Hidup dia orang senang je. Tak macam anak perempuan. Malam kena tolong mak aku buat kuih. Kau orang bayang, umur 7, 8 tahun dah gigih kat dapur. Dengan kudrat budak kecik. Aku ada kakak, dia ni dari kecik selalu bagi masalah. Jenis tak sedar diri dah la miskin perangai pun tak semenggah.

Sama macam abang aku tu. Senang je dia nak motor la. Tak sedar bapak sendiri pun naik motor cabuk. Pagi nak start enjin 10 kali belum tentu hidup. Kalau musim hujan lagi la azab. Bila kenang balik aku memang akan nangis. Bapak aku ni kecik je. Kurus kering. Kerja ukur jalan tengah panas bahang. Kau bayang la macam mana.

Tapi anak jantan dengan kakak aku tu sejenis tak sedar diri. Berlagak macam orang kaya. Tiap bulan ayah aku berhutang kedai runcit. Ambik barang dapur lepas tu masuk buku. Pandai-pandai la hidup makan Berjimat cermat. Dapat gaji pergi bayar hutang.

Kadang nak mintak duit beli buku sekolah pun fikir banyak kali. Sebab tau hidup susahkan. Masa tu kecik lagi pun aku dah reti bahasa. Macam mana abang dengan kakak aku tergamak minta bukan-bukan. Tak sedar diri ke mak bapak dia tu orang susah!

Aku nekad belajar rajin-rajin. Sebab aku bukan budak bijak. Aku biasa je. Tapi sebab aku rajin aku dapat la masuk universiti. Masa tu susah gila. Aku kerja kedai makan. Duit tu la buat belanja untuk masuk universiti. Umur 17 tahun dah lalu macam-macam kesusahan.

Bila aku dah kerja. Hidup aku ok la sikit. Bantu keluarga aku. Kau tau kakak aku busuk hati. Macam-macam dia mengata pasal aku. Padahal kalau dia susah aku ni la dia tuju pinjam duit. Aku tak berkira. Sejak duduk universiti lagi dia selalu pinjam duit aku. Masa di universiti aku buat macam-macam kerja tau. Punyalah tak nak susahkan mak bapak.

Tergamak kakak aku tu pinjam duit dengan budak tengah study. Padahal dia dah kerja masa tu. Bila kenang balik aku rasa memang dari dulu dia suka pedajal aku.

Lepas tu aka nikah. Suami aku kiranya ok la. Senang jugak la. Tapi kakak aku ni macam-macam hasut mak aku. Sampai mak aku pun tak redho kan hidup aku. Gila sedih tau tak.

Bila aku tak buat tak peduli hidup kakak aku ni. Dia provoke aku dalam facebook. Macam-macam dia mengata. Aku sabar. Tapi aku pelik mak aku tetap salahkan aku. Tak nampak pun apa yang kakak aku buat tu salah. Alih-alih aku pulak yang dipersalahkan. Bila aku bersuara pasal anak jantan dengan peel kakak aku tu.

Mak aku cakap dia bantu anak yang susah. Anak yang tak masuk universiti. Habis tu, aku ni tak susah? Aku masuk universiti pun pinjam PTPTN tau tak! Bulanan bayar. Mak aku siap ungkit jasa dia beranakkan aku, besarkan aku, hantar sekolah, sampai masuk universiti. Tu tanggungjawab mak bapak.

Kalau aku boleh pilih aku pun tak nak lahir dalam keluarga susah macam ni. Aku pilih mak bapak kaya raya. Tergamak betul mak aku ungkit macam tu. Padahal anak jantan dia. Menikah pun duit hantaran dia bagi. Kenduri kendara lagi la ditanggung beres. Gila tak gila mak aku.

Bukan setakat tu je. Kawan aku pun dia sanggup cerita buruk pasal aku. Punyalah gigih dia nak burukkan nama aku. Aku biarkan je.

Sampai sekarang aku kecik hati dengan mak aku. Sumpah aku rasa macam aku ni anak dibenci. Semua sebab mulut jahat kakak aku. Macam-macam dia cerita buruk pasal aku. Tapi tak apa. Aku percaya Allah ada. Allah akan balas setiap perbuatan yang dia buat naya. Aku yakin satu hari nanti dia akan dapat balasan.

Setiap artikel akan dibayar RM8