Uncategorized

Aku dan diri aku Vs Buli, Depression, Generalize Anxiety Disorder, Obsessive Compulsive Disorder dan Bipolar

Nota penting:  Jika anda seseorang yang mempunyai simptom-simptom yang diceritakan di dalam konfesi ini, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

Nama aku Frylord,

Aku seorang yang sangat muda (bukan underage)

Aku berasal dari sebuah bandar yang indah rupanya. Nama bandarku juga menenangkan hati yang gundah.
Tetapi didalamnya hanya orang asal sahaja yang tahu betapa cacamerbanya masyarakatnya.

Aku memulakan perjalanan hidup aku di sebuah sekolah tadika di kawasan rumah aku. Di sana aku hanya ada seorang rakan yang aku dah lupa. Pelajar lain hanya musuh. Aku sering dibuli di tadika, pelajar-pelajar yang lebih dominan secara sosial gemar memukul aku dikhlyak ramai. Tiada sesiapa yang menghulurkan tangan, guru-guru, ibubapa, pelajar lain semuanya bagaikan buta dan pekak dengan keadaan aku.

Selepas menamatkan tadika, aku bersekolah di sebuah sekolah yang berprestij. Sekolah aku ni memang terkenal dalam bidang sukan dan pelajaran namun hanya sebilangan orang sahaja yang tahu sisi gelap sekolah rendah aku ni. Guru-gurunya ramai yang celaka, mereka suka mendera kami. Ada yang disebat macam binatang, ditampar tanpa ehsan dan dimaki-hamun bagai mahkluk yang jijik.

Kelakuan guru-guru aku menurun pada pelajarnya, bila guru kencing berdiri anak murid mestilah kencing berlari.
Mangsanya aku.

Guru aku secara terbuka melemparkan penghinaan dan kutukan keatas rupa fizikal aku. Ada sekali tu, cikgu tak benarkan aku main bola kerana rupa aku.

Maka, semua pelajar lain ikut jejak langkah cikgu2 aku.
Bukan satu, malah banyak yang berperangai begitu.
Bayangkan, setiap pelusuk sekolah aku pergi, mesti ada yang mengutuk dan melemparkan kata-kata cacian serta pukulan.

Setiap hari aku dibuli, zaman sekolah rendah merupakan satu penyiksaan.
Setiap hari aku dihina,dipulau dan dipukul. Namun, masih lagi tiada tangan yang membantu, guru,rakan,ibubapa serta masyarakat semuanya memekakan dan membutkan mata.

Di malam hari pula, ibubapa aku akan hantar aku ke kelas membaca al-quran, di sana situasi yang sama berulang. Sudah penat didera secara mental dan fizikal di siang hari, pada malam hari episod penyiksaan keatas diri ku terus bersambung. Cuma kali ni yang memukul,menumbuk,memijak,menendang tubuh ku merupakan remaja lingkungan umur 13-16 tahun. Sekali lagi, ibubapa,guru-guru ,masyarakat masih lagi memekakan telingan dan membutakan mata.

Masa itu, aku tak mampu lagi meluahkan perasaan ini. Tiada tempat aku luahkan, tiada telinga untuk mendengar, tiada jiwa yang ingin membantu.
Maka lahirlah kemurungan dalam hati ni, aku tak tahu pun tentang kewujudannya. Sehinggalah aku masuk tamat sekolah di tingkatan 6.

Di sekolah menengah, tiada beza seperti sekolah rendah. Pembuli pergi dan berganti yang baru. Hari-hari aku dicela, semuanya salah dimata orang. Aku jalan dikoridor pun kena maki-hamun dan ditendang bagai binatang. Apa salah aku? aku tak buat apa-apa pun? Mana guru-guru? kenapa mereka tidak tolong aku? Oh, rupanya orang-orang yang membuli aku ni kroni cikgu, almaklumlah, atletit sekolah kan, kalo diambil tindakan boleh menjejaskan prestasi sukan sekolah. Lagi pun ibubapa mereka banyak sumbang duit dalam PIBG. Mana boleh usik depa, nnti mana nak datang duit?

Mana ibubapa aku? bukankah mereka sepatutnya melindungi aku dari diperlakukan seperti binantang?
Mereka tidak mahu dengar dan peduli tentang masalah aku, yang mereka mahu dengar aku berjaya dalam peperiksaan.

Tahun demi tahun berlalu, akhirnya aku menamatkan SPM dan mendapat 4 A. Ibubapaku gembira tak terkata. Anak mereka pandai. Tapi mereka tak sedar, aku dah mati di dalam. Jiwa aku, tak lagi merasakan kebahagiaan, hanya kerisauan,keresahan,kesedihan dan sengsara yang tiada penghujungnya.

Selepas SPM, aku lanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6. Aku suka tingkatan 6, silibusnya sukar untuk dipelajari, peperiksaannya sukar untuk dikalahkan, sentiasa ada halangan. Tetapi, sedang aku ralik belajar, aku tersedar sesuatu.

Semua orang ada kawan, semua orang bersembang berjam-jam. Kenapa aku tak ada kawan? Aku pergi ke kantin dan makan seorang diri setiap hari, belajar di perpustakaan dan semuanya aku buat seorang diri.

Tapi, semasa aku tingkatan 6, pembuli tingkatan 5 aku masih bersekolah dengan aku, maka, siri pembulian keatas diri aku masuk ke season 3. Setiap hari aku dimaki hamunya, entahlah apa salah aku. Dimaki hamunya aku depan orang ramai. Lama kelamaan ramai yang mengikut.

Tambah lagi dengan suasana kelas aku, sungguh bingit sampai aku terpaksa bawa earmuffler untuk kekal di dalam kelas. Perempuan2 dalam kelas aku suka bersembang sekuat-kuatnya sehingga setengah isi alam boleh mendengar perbualan mereka diselitkan pula dengan gelak ketawa yang bingit.

Aku pun mula murung., aku jadi tak tentu hala. Setiap hari aku sedih, marah, benci,hidup ini rasa bagai tiada tujuan,kosong dan tidak berguna. Baik aku mati je.

Tak, tak boleh, aku tak boleh mengalah lagi, aku kena belajar kuat. Aku nak maki hamun mereka balik bila dapat result nanti.

Aku pun berlajar sekuat hati. Tiap-tiap hari aku belajar dari pukul 2-4 petang dan sambung lagi pada pukul 8malam sehingga 10 malam. Dan aku sambung lagi dari pukul 3-4 pagi, keseokannya aku pergi sekolah.

Aku jadi gila, hidup aku tak tentu arah, aku asyik belajar je, simptom-simptom GAD (Anzieti umum) mula develop. Setiap hari aku hidup dalam keresahan, dan kerisauan. Aku risau tentang keselamatan aku, tentang duit, tentang masa depan, tentang hidup. Semua yang aku risaukan tidak rasional. Lepas tu aku develop OCD, sungguh seksa hidup dengan OCD. Aku tak boleh berhenti periksa beg aku, periksa kunci. Kadang kala, aku terpaksa patah balik dari sekolah untuk memeriksa kunci. Aku terasa lemas. Tapi aku masih kuat, aku tak biarkan GAD menghalang aku dari dapat 3.00. Aku terus belajar, tidak mengedahkan penyakit aku yang makin kronik.

Akhirnya aku hanya dapat 3.00 untuk STPM 🙁 (Lepas tu aku kutuk semua orang yang kacau aku belajar sbb result depa rendah dari aku hahaha)

Setelah tamat tingkatan 6, aku tidak lagi belajar, aku bekerja. Ditempat kerja aku dibuli juga.

Pada masa ini, GAD aku dah hampir kronik ditambah lagi dengan kemurungan yang paling kuat pernah aku rasa seumur hidup. Pada masa ini aku ada kawan, tapi mereka semua tidak membantu aku dari apa2 segi pun. Mereka kata aku hanya attention seeker, ada yang suruh aku bunuh diri.

Akhirnya aku buat keputusan untuk bunuh diri.

Rancang membunuh diri aku sangat sempurna. Kabel elektrik yang boleh menampung beban mencecah 200KG, fly over yang dibawahnya landasan kereta api yang tidak boleh orang masuk dengan segera dan ketingian fly over yang boleh mematahkan leher aku dan teknik ikatan yang baik.

Pada satu malam, aku pergi ke tempat yang aku rancang untuk membunuh diri, aku makan coklat kadburry untuk kali terakhir di tepi fly over, lepas tu aku terperasan, aku tak bawa kabel bersama aku. Crap.

Aku pun pulang dan tidur.

Beberapa hari kemudian, aku pergi ke klinik kesihatan, dengan mind set “aku nak selamat, aku tak boleh mati lagi sebab aku tak usaha sehabis mungkin untuk membaiki keadaan aku”. Maka selepas aku berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan aku dirujuk kepada pakar psikatri dan disahkan menghidap penyakit GAD dan diberikan ubat anti-dipresi dan temujanji bersama jurupulihcarakerja.

Beberapa bulan kemudian, aku rasa ganjil dengan diri aku, selepas aku makan ubat anti-depresi hidup aku stabil, ocd makin hilang,gad makin hilang dan tidak lagi ingin membunuh diri. Sampaikan aku hampir lupa rasa sengsara. Tiba-tiba berlaku suatu kejadian kepada aku.

Aku diserang mania, aku terasa badan aku seperti overpower, aku rasa ingin menjerit2, berlari, melompat sana sini dan memukul orang. Aku juga rasa seperti badang. Selepas berjumpa dengan doktor, doktor tak kata aku menghidapi Bipolar tapi dekat surat ambil ubat ada ditulis terang-terang nama penyakit aku, dan ahli farmasi yang menjelaskan tentang bipolar kepada aku ( Sebab dia bg kaunseling pasal ubat bipolar).

Selepas temujanji terakhir aku dengan doktor aku, hidup aku berubah, aku bukan lagi orang yang aku kenal. Aku sangat hostile, kurang perlukan tidur,tak lapar,tak dahaga, tak penat dan tiada perasaan sampai satu tahap aku makan,tidur,rehat,minum secara manual, bukan kerana badan aku rasa, aku tidur bila microsleep menjelma, aku makan bila badan aku terkettar dan sakit kepada dan minum bila aku rasa kurang airliur. Aku rasa macam jasad kosong yang hidup tanpa jiwa. Setiap hari graf mood aku melonjak naik turun dari Hypomania kepada Mild depresion. Aku tak rasa keseronokan yang sejati, hanya hyperactive dan kegilaan serta kesedihan dan macam-macam lagi.

Sehingga kini, tiada tangan yang menghulurkan bantuan, tiada telinga yang ingin mendengar (Kecuali awek aku dan kakitangan kesihatan), hanya aku dan diri aku, kini dulu dan selamanya.

Sekurang-kurangnya aku masih ada Meme, life without meme is no life at all.

Nasihat saya buat orang yang senasib dengan saya.

1. Jangan mengalah tapi ada masa kita kena mengalah.
2. Walaupun dunia ini tidak menerima kita, kakitangan kesihatan masih mahu membantu dengan seikhlas hati mereka, jadi, pergi lah jumpa doktor. (Jgn cari pasal dgn diorg)
3. Jika kita tidak ada tempat untuk bergantung maka kita kena bergantung pada diri sendiri. We must survive no matter what, alone.
4. Banyakan bersosial walaupun kita x da hati untuk berkawan dengan orang, kita masih perlukan interasi bersama manusia untuk mengekalkan kesihatan akal kita.
5. Kadang kala kita kena lari dari masalah, bukan semua masalah kita boleh selesaikan, kita manusia, jangan duduk dalam situasi yang menyakitkan diri kita selamanya, ambil langkah kebelakang dan bertenang selepas tu kembali balik untuk selesaikannya.
6. Jangan takut untuk meluahkan perasaan kita, semua orang tak suka kita, tak guna jaga hati orang (Sila guna common sense)
7. Jangan terlalu lone ranger, kita makhluk sosial, kita kena ada hubungan dengan orang lain.
8. Kalau nak bunuh diri, buat rancangan yang mustahil, boleh membantu melambatkan masa anda untuk bunuh diri.
9. Jaga tido.
10. Kalau ada bipolar jangan buat keputusan cepat sgt.
11. Kita sentiasa berseorangan, hanya rasa sahaja.

Sekian

Nota penting: Sekali lagi kami ingatkan. Jika anda mempunyai simptom-simptom diatas seperti rasa hidup tidak bernilai, hilang minat kepada perkara yang disukai sebelum ini, mempunyai fikiran untuk membunuh diri dan simptom-simptom lain, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapat rawatan yang sepatutnya

Terdapat pertubuhan bukan kerajaan yang boleh memberikan khidmat nasihat adalah MENTARI dan Befriender. Jika anda merasa murung yang terlampau, boleh  hubungi mereka

Setiap artikel akan dibayar RM8