Uncategorized

AKU MINAT FIZIK, TAPI TAKUT TAK ADA MASA DEPAN KERJAYA? – PERSOALAN ADIK M

Assalamualaikum dan hai semua. Aku M.Umur 18 tahun dan kini belajar di IPTS yang agak terkenal la di Malaysia mi dalam asasi kejuruteraan. Terima kasih admin kalau confession ni disiarkan. Sebelum tu, ini lebih kepada luahan perasaan. Mungkin agak panjang.

Masa kecil, memang aku dah jatuh hati dengan bidang sains terutamanya bab kosmologi dan angkasa. Masa sekolah rendah, aku selalu pinjam buku tentang angkasa lepas walaupun buku tu tak boleh dipinjam. Aku ‘pinjam’ secara sembunyi (bukan mencuri kan hahahaha sebab aku pulang balik kot)

Masuk je sekolah menengah, minat aku terhadap angkasa bertambah masa belajar bab angkasa lepas dalam Tingkatan 3 (Aku teruja untuk belajar bab tu sementara yang lain teruja terhadap bab 4 hahaha). Aku kagum macam mana Allah satukan bintang-bintang dalam gugusan galaksi. Macam mana matahari keluarkan tenaga.

Masuk je Tingkatan 4. Aku mula rasa tak suka dekat sibjek yang agak penting jika ingin bercakap tentang angkasa iaitu Fizik. Memang aku mental breakdown la sebab aku dapat markah rendah untuk Fizik.

Tapi pada suatu hari, aku terbuka satu channel YouTube yang namanya PBS Spacetime. Aku kagum dengan cara pengacara (lupa dah nama dia) terangkan macam mana alam semesta bertindak dan juga dia kaitkan relativiti dan mekanik kuantum dalam penerangan dia. Aku kagum dekat dia dan sejak daripada itu, aku berazam untuk ‘pulun’ dalam Fizik.

Aku dah jatuh cinta dengan Fizik. Memang cantik betul Fizik. Bila dengar cerita seorang rakyat Malaysia yang menjumpai ‘gravitational waves’, lagi la aku teruja.

Alhamdulillah, aku dapat keputusan yang cemerlang dan Fizik aku A+.

Lepas je SPM, aku bercadang untuk lanjutkan pelajaran dalam bidang Fizik. Tapi bila aku cakap pasal tu, mak aku kata bidang Fizik ni tak ada kerja. Saudara-mara aku kata yang bekerja sebagai pensyarah pun kata yang bidang ni takde kerja sangat dengan Malaysia. Katanya, kalau la aku ni sayang dengan Fizik ni, baik ambil engineering. Tapi engineering bukan la passion aku yang sebenar. Aku nak jadi saintis kot. Memang murung la lepas SPM (Siapa kata kalau dapat straight A, memang akan jadi gembira?)

Tapi alhamdulillah, aku ditaja utk belajar
dalam bidang kejuruteraan yang katanya akan ada kerja lepas graduate.

Masa aku depressed, aku terfikir:
1. Berbaloi ke kalau aku belajar dan buat benda yang bukan passion aku yang sebenar? Ya engineering memang gunakan Fizik tapi aku lagi suka jika aku dapat belajar Fizik untuk kosmologi dan astrofizik.
2. Adakah orang yang berkelayakan sebagai engineer, layak utk meneruskan Master dan PhD dalam astrofizik atau astronomi?
3. Kenapa orang kita anggap belajar sains ialah benda yang remeh-temeh? Adakah korang semua nak pseudosains macam Flat Earth membiak di Malaysia ni?
4. Betul ke kalau major dalam Sains, kita tak dapat kerja?

Itu je luahan aku. Terima kasih. Maaf kalau penggunaan ayat yang tak sesuai dan berterabur 🙂

Setiap artikel akan dibayar RM8