Anak Sakit Perut

Mengumpulkan semua jenis cerita daripada segenap masyarakat.

Anak Sakit Perut

Sakit perut? Ala biasa je bagi ubat angin sapu minyak lega la dia. Pernahkah kita terfikir bila kerap sangat terjadi dan berulang boleh menjadi lebih serius. 

Asalnya anak saya mengadu sakit perut, muntah demam dan cirit. Pergi ke klinik setelah seminggu sakit perutnya tidak juga berkurang. Akhirnya, anak saya dirujuk ke hospital pakar dan masih lagi buntu, kian hari semakin sakit hampir tidak larat untuk berjalan.

Disebabkan tiada pakar Gastro Kanak-kanak , 3 minggu kemudian, kami dirujuk ke pakar kanak-kanak gastro di KL. Bermula lah episod sering tidak hadir sekolah, berulang alik ke KL.

Kami buat keputusan bertukar ke Sunway disebabkan hampir dengan rumah kami. Anak semakin hari semakin kurus dan pucat. Kami hampir buntu. Setelah 3 bulan baru dapat jalani rawatan yang sepatutnya.

Pelbagai ujian perlu ditempuhi untuk mendapat punca sebenar. Endoscopy, colonoscopy, ct scan, stool test dan sebagainya. Saya redha.
Sehingga kini anak saya masih lagi menjalani rawatan dengan pakar kanak-kanak Gastro di Sunway. Nasihat saya jika anak sakit perut janganlah ambil mudah. Jika kita lewat dapat rawatan yang betul dan sewajarnya, penyakit tersebut boleh menjadi lebih serius.

Bagi saya, disebabkan mencari pakar yang tepat dengan kurangnya info mengenai penyakit kolon maka anak saya masih lagi ‘struggle’ dengan penyakitnya sekarang. 
Walaupun IBS ini tidak serius seperti IBD, tapi ia amat menganggu kehidupan harian. 

#IBS (irritable bowel syndrome)
#IBD (inflammatory bowel disease)

Penulis: SAZ