beri madu dibalas tuba
Pelbagai

Bagi Madu Dibalas Tuba

Masa aku study aku jumpa ramai la budak dari pelbagai negeri. Maklum saja la bila masuk universiti ni kita akan berkumpul seluruh pelusuk Malaysia. Aku dapat offer study di Sarawak.

First time naik flight beb! Jakun tak usah cerita. Maklum saja la orang miskin. Pertama kali dapat naik flight. Masa tu MAS satu-satunya syarikat penerbangan yang ada untuk penerbangan domestik. Kau tak ada pilihan lain. Tu je la. Sekarangkan dah ada Air Asia, Firefly. Murah la sikitkan.
Masa aku sampai airport Sarawak tu. Bas dah siap sedia tunggu dah. Terus bawak kami pergi kampus.

Masa pendaftaran tu pandai-pandai la bawak diri. Kawan pertama aku jumpa sama-sama register nama dia Norliza. Aku ingat lagi. Dia datang dengan bapak dia. Aku ni kira tumpang sekali la bapak dia bawak sana sini. Bapak dia siap belanja aku makan kat cafe. Aku ingat lagi. Aku tak reti nak ambik lauk apa. Sebab orang susahkan. Mana reti nak pilih makan. Biasa apa yang mak aku hidang tu la kami hadap.

Bapak dia order nasi ayam untuk aku. Aku beratur nak bayar. Liza tarik aku duduk. Dia cakap bapak dia dah bayar. Dan-dan aku sebak. First time jumpa dah baik macam ni. Sumpah aku ingat lagi sampai sekarang. Sekarang Liza dah jadi polis sekarang. Bapak dia dah meninggal lama dah. Innalillah.

Lepas siap register aku dengan Liza duduk satu bilik. Lepas tu minggu orentasi. Aku course lain. Dia ambik course lain. Jadi tak sama la. Cuma duduk je satu bilik.

Nak jadikan cerita aku dengan dia register PALAPES. Aku minat la jugak dengan badan beruniform ni. Lagi pulak dapat elaun. Masyuk jugak la. Maklum la aku kan orang susah. Mesti la fikir duit selain study.
Kami pun daftar la sama-sama. Hitam legam tak usah cerita. Bila dah masuk dalam PALAPES ni kau akan jadi sisterhood brotherhood. Susah sama susah. Senang sama senang la kiranya.

Tak dan berapa lama aku tewas. Lama tak lama dalam 2 tahun jugak aku tahan dalam tu. Tak mampu la nak kejar study ke mana. Asyik dok training je. Jadi aku dengan Liza decide nak keluar baris. Lepas tu je keluar baris. Maka hak istimewa kami pun gugur sama. Tak layak duduk dalam hostel. Tak dapat elaun dan macam-macam lagi la yang istimewa.

Aku pun menyewa la kat luar satu sem. Liza pun menyewa luar jugak. Masa ni aku dengan dia dah berpisah. Sedih jugak la masa tu.
Start duduk luar ni aku jumpa dengan housemate baru. Kami 4 orang. Kiranya aku menyewa dengan orang tak kenal la ni. Rumah ni ada 3 bilik. Aku kena kongsi bilik master bedroom. Kalau tak silap sewa masa tu seratus je kot.

Bermula la episod duka aku. Malang jugak la jumpa housemate macam puaka. Aku ada PC. Masa tu laptop ni benda mahal kot. Lagi pun keperluan sebagai student PC dah memadai. Hasil dari duit PTPTN aku beli PC satu set dengan printer canon warna biru putih tu. Siap beli ink inject. Punyalah berjimat cermat.

Roommate aku ni sejenis suka sangat ambik barang aku tak minta izin aku dulu. Suka hati dia nak pakai baju aku ke. Tudung aku ke. Nasib baik spander dengan bra aku dia tak rembat.

Pergi kampus ni bukan main melawa ni. Tapi kat rumah pengotor. Dalam bilik tu kepam tau tak. Aku ni tukang sapu bilik dengan rambut bersepah. Toilet berkeladak. Naik geli aku.

Dan la satu sem aku duduk menyewa kat luar. Lepas tu aku aktif balik persatuan. Kiranya aku dapat balik masuk hostel. Lega la poket aku masa tu. Dan lega jugak la dapat keluar dari rumah sewa dengan roommate pengotor. Geli aku. Budak tu orang Johor tau. Aku ingat orang Kelantan yang dok selalu viral pasal pengotor ni. Rupanya orang Johor pun ada yang pengotor. Maksudnya di sini perangai pengotor ni tak ikut negeri. Kalau dia nak jadi pengotor, dia jadi jugak.

Lepas aku masuk hostel. Roommate aku tu coursemate aku jugak. Aku ingat senang la nak study samakan sebab sama course. Tapi malang sekali.
Meh aku cerita. Course mate aku ni sejenis busuk hati rupanya. Aku ni sejenis tak malu. Kalau lecture bagi hands out untuk fotostat aku la jadi volunteer. Lagi pun aku dapat handout free. Dapat jugak upah classmate aku bagi sebab tolong dia orang.

Masa duduk hostel ni aku kira famous jugak la. Sebab aku ni jual top up telefon. Yang SMS kena masuk kod tu. Lepas tu aku buat services beli tiket flight online lagi. Buat services printer. Jual kek lapis Sarawak la. Eh, macam-macam la janji dapat cari duit.

Apa yang tak best roommate merangkap cousemate aku ni. Dia suka hati je guna printer aku. Guna PC aku. Guna barang aku. Pakai baju aku. Dan makan makanan aku. Dah la tak mintak. Main makan. Main guna je. Dia ingat aku tak tau agaknya. Sampai satu tahap kawan kelas aku cakap aku pakai baju dia. Hampeh betul. Aku pulak yang pakai baju dia. Padahal dia tu yang pakai baju aku selama ni!

Satu lagi perangai roommate aku ni. Punya la dia busuk hati. Walaupun kami ni coursemate sama, tapi ada subjek aku ambik dengan fakulti lain. Jadi ada yang tak sama jugak la. Kami ada group discussion. Kawan aku pesan ke dia suruh aku join. Boleh dia tak cakap dengan aku. Hampeh betul. Kawan aku lain dia SMS. Masa tu mana wujud lagi WhatsApp ni. SMS pun berkira. Apa lagi nak call.

Tapi aku malas nak ambil tahu sangat. Aku anggap dia lupa la. Macam jugak kalau ada note ke apa yang kawan aku suruh bagi aku. Tapi dia tak bagi pun. Punyalah busuk hati. Tapi kawan aku yang lain baik, mereka yang bagi aku nota tu semua. Orang pun tau nilai sendiri. Sebab aku ni jenis buat hal sendiri. Aku bukan jenis ikut orang.

Satu hari aku tak tahan sangat. Dia pinjam handset aku dah macam harta dia la. Maklumlah orang ramai pakwe. Guna banyak nombor. Lepas tu hegeh ngendeng handset nokia butterfly aku. Masa tu aku dah upgrade handset canggih sikit. Nampak tak business aku jual macam-macam tu berhasil. Bangga jugak la dengan diri sendiri masa tu. Tengah duduk study pun dah pandai cari duit.

Ok, handset tu dia buat macam harta dia la. Satu hari tu dia letak atas meja study aku. Aku pelik la. Pasal pulak letak tak bagi tau apa pun. Masa tu dia gi kelas kot. Aku pun on la. Tak hidup. Aku pun charge la. Mungkin tak ada bateri. Lepas charge aku tinggal. Pergi mandi solat. Lepas tu aku cuba on lagi. Tak hidup. Aku dah syak rosak dah ni. Malam dia balik. Aku tanya dah tak nak pakai ke handset aku tu? Dia jawab a’ah.

Aku pun cakap la. Aku try hidupkan tak boleh. Kau hantar dah rosak kau tak cakap sepatah pun dengan aku. Aku bagi kau elok lagi benda tu. Kau boleh main letak atas meja aku. Dengan tak cakap sepatah benda tu rosak. Kau ingat aku beli dengan bulu?

Terus dia diam. Aku ni tak pernah naik angin. Sebelum ni dia pakai baju aku. Tudung aku. Makan makanan aku. Aku just tegur beralas lagi. Kali ni aku betul naik angin.

Dengan guna printer aku sampai habis ink tak cakap sepatah. Aku nak print assignment pun terpaksa pergi library. Memang aku rasa tahap kesabaran aku dah diuji sangat. Dengan pedajal aku tak inform pasal study group. Macam-macam lagi la dia pedajal aku.

Aku ambil handset tu. Aku lempar ke diding. Berkecai. Aku cakap kau ni macam beruk. Aku bagi bunga. Ko lempar tahi ke aku. Mulai hari ni. Kau jangan sentuh barang aku. Apa yang kau guna tanpa minta kebenaran aku tak halal dunia akhirat. Diam dia!

Esoknya aku pergi pejabat pengetua kolej. Aku isi borang minta tukar bilik. Aku minta bilik single. Aku cerita habis ke pengetua. Atas sebab tu aku dapat la tukar bilik dan duduk la kolej lain. Walaupun kolej kediaman tu dah lama. At list aku lega tak perlu berkongsi dengan orang. Serik aku.

Budak tu dari Johor. Apasal budak Johor asyik pedajal aku je. Dia orang ni sejenis suka ambik hak orang tanpa minta izin ke macam mana ya?
Tu la kisah aku sepanjang study di universiti. Walaupun aku ada bad memori dengan budak Johor. Aku tak nak pukul rata. Ada je yang baik. Cuma nasib aku jumpa yang perangai macam tu nak buat macam mana. Hadap je la.

Tu je la cerita aku. Aku cuma nak cakap. Hidup ni masa di universiti banyak cabaran. Tapi dunia pekerjaan lagi banyak dugaan. Jadikan pengalaman tu untuk dewasakan kita. Ambil sebagai cabaran hidup. Pedulikan negative people. Hidup orang tak akan ke mana pun. Gitu nasihat aku untuk muda mudi.

Setiap artikel akan dibayar RM8