hantar anak tiada vaksin ke sekolah
Pelbagai

Berhadapan dengan anak yang ibubapanya menolak vaksin

Saya merupakan salah seorang ibu beranak dua yang terpaksa meninggalkan anak di pusat asuhan. Masalah saya adalah, di pusat asuhan tersebut, ada juga golongan antivaksin yang menghantar anak mereka. Tapi bagi saya itu bukan masalah sangat pada mulanya sebab anak mereka tak bersalah, anak mereka pun manusia.

Tapi tiba satu hari tu entah la musim chicken pox (cacar air) berlaku. Maka, terjangkitlah budak kat taman asuhan tersebut 2-3 orang. Setelah disiasat (haha), rupanya jangkitan daripada anak antivaksin tersebut. Jadi saya terpaksa la bercuti jaga anak sampai sembuh elok dan cacar air mereka dah kering. Ingat dah selesai lah masalah tu. Rupanya anak mereka masih belum sembuh lagi, tapi sudah pergi hantar ke situ lagi. Jadi saya dalam dilema nak hantar anak atau tidak pada masa itu. Risau jangkitan kali kedua.

Saya tidak tahu mahu menyalahkan siapa sebenarnya. Adakah salah taman asuhan yang menerima kanak-kanak tidak di vaksin? Tapi bagi saya, ibu bapa kanak-kanak tersebut sangat selfish. Sudah la tidak vaksin anak, anak sakit masih campak kat taska sampai terjangkit kat anak orang lain.

Malah semasa saya terpaksa bercuti menjaga anak, mereka masih senang hati hantar anak mereka yang masih tak elok lagi cacar air ke taska. Bukan anak saya saja yang terjangkit, kanak-kanak lain juga ramai yang terkena. Tapi apa kami boleh lakukan?

Ibu bapa kanak-kanak tersebut bukan orang bodoh sebab kerja cikgu, mengajar anak orang. Tapi entah la ajaran mana yang merasuk mereka bertindak bodoh dan selfish dengan tidak menyucuk vaksin kepada anak sendiri. Akibatnya, cacar air anak mereka hampir berminggu belum kering dan terus menjangkitkan kepada budak lain yang belum terkena. Alasan mereka, kalau anak kamu semua dah vaksin, kenapa nak takut pada anak mereka yang tak vaksin? Agak kelakar ye logik seorang cikgu yang berfikiran dangkal macam tu.

Saya memohon semoga setiap taman asuhan perlu meminta buku laporan perubatan yang dari klinik. Sebab dengar juga cerita, jadual vaksin pun mereka boleh palsukan untuk memasukkan anak ke taska. Betapa dangkal perangai mereka. Menipu dan mementingkan diri sendiri. Yang perlu hadap masalah, anak orang lain juga. Kalau tak jangkitkan kat orang lain, tak kisah. Jaga lah anak sendiri kat rumah kalau taknak vaksin. Agenda Yahudi katanya. Jangan la kerja, nanti jadi Yahudi. Yahudi rajin kerja tau? Hahaha

Sekian.

Setiap artikel akan dibayar RM8