Uncategorized

Murung….bantulah aku – Kisah Medina

Nota penting:  Jika anda seseorang yang mempunyai simptom-simptom yang diceritakan di dalam konfesi ini, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

Assalamualaikum, harini saya teringin nak tulis confession tentang mental illness yang saya hadapi. Saya pengidap Bipolar Disoder. Umur saya baru 20. Saya tak bekerja, sedang menunggu panggilan u.

Bermulanya begini. Saya pun taktahu apa punca saya menghidap mental illness. Cuma yg saya tahu, saya dari kecik memang takde langsung keyakinan diri. Keyakinan diri saya sangatlah rendah. Saya tak de rupa yg cantik, dan berbadan agak berisi. Saya percaya yg saya ni seorang yg hodoh. Saya tak percaya bila orang cakap saya cantik. Bagi saya orang tu menipu. Mungkin saya rasa macam tu sebab dari kecik saya dibuli secara mental. Orang kata saya “gemuk”, “gajah”. Dihina oleh kelurga sendiri. “Badan mcm tong drum” saya masih ingat ayatnya “kalau darjah 5 dah besar mcm ni, kalau tingkatan 5 mesti besar mcm pintu gerbang”, “kau cantik mcm princess, mcm princess fiona(isteri shrek)”. Bila berkumpul dengan saudara mara perempuan, saya rasa saya lah yg paling hodoh dan teruk. Banyak lagilah. Masa saya kecik saya selalu kena marah dengan ibu saya. Saya sorang anak perempuan dalam adik beradik. Jadi segala tugas kerja rumah saya kena buat. Kalau rumah bersepah, saya yg kena marah. Even bukan salah saya sekalipun. Abg dan adik saya takpernah kena marah mcm saya kena. Sampai saya berdendam dengan abg dan adik saya kerana dorang saya kena marah. Dulu boleh kira setiap hari saya kena marah.(sampai skrg). Pernah ibu saya kata kat saya “kau ingat semua orang suka kat kau? Suka perangai kau?” Semua tu saya ingat sampai skrg. Dan semua tu buat saya hilang keyakinan diri. Buat saya rasa semua orang bencikan saya. Bila dikhalayak orang ramai, saya rasa saya diperhatikan. Saya rasa semua org sedang ketawakan saya sebab rupa saya. Dan rasa semua orang sedang mengata dan mengutuk saya.

Baru baru ni keputusan rayuan upu keluar. Dan saya tidak berjaya. Saya rasa dunia ni sangat tak adil bagi saya. Saya rasa teruk sebab dah kecewakan ibu dan ayah saya. Saya taktahu apa arah tujuan hidup saya. Apa matlamat saya. Apa hala tuju hidup saya. Saya rasa hopeless. Saya seorang yg malang. Ayah saya sendiri cakap dengan saya “apalah nasib kau”. Dunia ni memang tak adil. Semua benda saya buat mesti takkan berjaya. Saya seorang yg gagal. Kadang saya rasa untuk apa saya hidup. Kenapa saya dilahirkan. Saya rasa bersalah dengan semua orang sebab kewujudan saya.

Sepupu saya sendiri kata, saya depress sebab saya lemah iman, takde iman. Kawan2 saya kata saya depress sebab lelaki. Sampai skrg saya ingat apa yg dorang cakap. Dorang tak bagi saya semangat, malah dorang judge saya.

Saya pernah ada rasa nak bunuh diri. Saya nak telan panadol banyak2 dan mengharapkan overdose. Entahlah. Yang depress je yg tahu mcm mana rasa. Sakitnya. Sampai nak menangis pun dah takboleh. sampai saya rasa hidup saya ni takkan bahagia.

Tapi Alhamdulillah, saya mengambil langkah untuk berjumpa dengan pakar psikiatri. Dan skrg saya tengah on ubat yg diberi oleh doktor. Saya harap saya boleh sembuh dan boleh hidup seperti manusia normal yg lain. Saya harap agar sesiapa yang ada mental illness macam saya sentiasa kuat dan tabah. Ini ujian buat kita. Dan kepada sesiapa yg ada keluarga atau kawan yang mengalami masalah mental. Bantulah mereka.
Sekian. Wassalam

-medina-

Nota penting: Sekali lagi kami ingatkan. Jika anda mempunyai simptom-simptom diatas seperti rasa hidup tidak bernilai, hilang minat kepada perkara yang disukai sebelum ini, mempunyai fikiran untuk membunuh diri dan simptom-simptom lain, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapat rawatan yang sepatutnya

Pertubuhan bukan kerajaan yang boleh memberikan khidmat nasihat adalah MENTARI dan Befriender.

Kongsi konfesi anda di link ini https://rootofscience.com/rosconfession/pengakuan/

Setiap artikel akan dibayar RM8