Ditelan pahit, diluah sayang
Pelbagai

Ditelan pahit, diluah sayang

Aku adalah seorang graduan ijazah sarjana muda satu masa dulu. Selepas bergraduasi, aku menceburi dunia pekerjaan seperti graduan lain. Telah tiga tempat aku berkerja sepanjang perjalanan hidupku. Tempat ketiga paling lama aku bertahan kerana bidang kerjaya itu agak selari dengan apa yang aku telah pelajari ketika di universiti dulu. Aku bukanlah seorang yang memilih pekerjaan. Pada aku, asalkan dapat timba pengalaman dan berbaloi dengan gaji, aku akan cuba teruskan.

Setelah beberapa tahun aku berkerja di tempat ketiga itu, ditakdirkan aku bertemu jodoh dengan seorang lelaki. Usiaku untuk berkahwin waktu itu juga bukanlah terlalu awal. Hampir 3 series juga. Kami berbeza negeri asal tapi bakal suamiku telah bertahun-tahun menetap belajar dan bekerja di KL.

Semasa aku hidup zaman bujang dan bekerjaya tetap, aku memiliki gaji tetap tiap bulan. Dengan simpanan yang telah kusimpan bertahun lama, aku mampu untuk membantu bayarkan down payment kereta untuk ayahku dan bantu membayar monthly kereta, serta membantu ibu ayah sedikit dari segi kewangan. Aku bukan jenis berkira soal wang dengan ibu ayah, asalkan mereka hidup selesa. Ibu ayahku bukanlah golongan berada. Sejak kecil kami hidup secara sederhana sahaja. Dulu kami memang agak susah dari segi kewangan. Ayahku sahaja yang bekerja, ibu pula surirumah menjaga Kami adik-beradik masih kecil. Ayah juga tak izinkan ibuku bekerja di luar, risaukan anak-anak terabai.

Semasa aku telah berkerjaya, waktu itu adik-adik aku semuanya masih belajar di universiti dan sekolah. Aku sorang sahaja anak yang telah bekerja. Adakalanya juga aku hulurkan bantuan kewangan untuk adikku kerana aku faham dunia student yang serba jimat.

Namun begitu, hakikat sebenarnya yang mereka semua tidak tahu ialah, aku tidak tentu waktu masa gaji kuperoleh sebab aku bekerja dengan syarikat swasta. Seringkali gaji masuk lambat. Aku mampu bertahan kerana aku tiada komitmen pinjaman kereta atau pinjaman rumah.

Ada juga konflik yang berlaku sebenarnya antara majikan dan staf sejak sebelum aku mula bekerja di situ. Isu gaji lambat, kwsp yang tertunggak lambat dicarum. Itu semua di luar pengetahuan aku sebelum aku mula kerja di situ.

Setelah aku berkahwin, aku terpaksa membuat satu keputusan besar dalam hidup iaitu aku terpaksa berhenti kerja dan mengikuti suamiku yang bekerja jauh dari KL. Aku terpaksa melepaskan jawatan dan gaji yang pada aku pada tahap selesa. Adik-adikku dah mula bekerjaya masing-masing. Memang agak sukar aku dapatkan pekerjaan di tempat baru memandangkan lokasi yang agak sukar untuk ke bandar dan tiada company yang berkaitan dengan kelulusan aku. Suamiku juga menggalakkan aku untuk menjadi surirumah sepenuh masa dan fokus menjaga anak & keluarga.

Sepanjang aku mengandung, aku sebenarnya adalah golongan wanita hamil kategori berisiko tinggi untuk alami komplikasi ketika mengandung. Adakala, itu salah satu sebab aku berfikir, aku belum sedia untuk mencuba minta izin suamiku untuk bekerja semula dan selesa menjadi seorang suri rumah sepenuh masa. Adakalanya aku perlu ulang alik routine appointment dengan doktor pakar sepanjang kehamilan.

Kalau aku bekerja semula, dah tentu banyak hari aku perlu minta cuti urusan hospital, urusan anak dan sebagainya. Aku juga perlu menjaga kesihatan diri sendiri juga memandangkan aku golongan berisiko tinggi untuk alami komplikasi ketika hamil. Aku masih belum mempunyai lesen memandu lagi. Dulu aku pernah ambil, tetapi gagal di pertengahan jalan kerana lesen L telah expired setelah 2 tahun tanpa kusedari akibat kesibukan dan tiada masa terluang ketika sambil bekerja kerana waktu itu aku berkerja shift yang tak tentu hari cuti rehat.

Semasa bekerja dulu, memang penat dan letih. Kalau cuti, aku lebih selesa rehat di rumah untuk menenangkan fikiran dan atasi stress.
Kalau aku mahu dapatkan semula lesen memandu, aku perlu ulangi semula dari zero. Salah satu faktor menyukarkan aku bergerak jauh jika aku pilih untuk bekerja. Jika di KL dulu sangat mudah kerana banyak public transport di sana.

Hingga kini aku masih dalam dilema apabila timbul isu kerja. Ada saja ahli keluarga orang terdekat yang menyuruh aku kembali bekerja.
Kini aku hanya mampu melakukan kerja sambilan freelance berniaga online dan juga partime tutor sahaja di rumah sambil menjaga anak.

Adakala aku jadi stress memikirkan masih ada golongan yang mencampuri urusanku. Mereka tidak berada dalam situasi aku. Mereka tidak hadapi apa yang aku hadapi.

Tidak mungkin aku nak mementingkan diri hanya kerana mengejar wang, mengabaikan pendapat suamiku pula. Aku sayangkan keluarga aku. Ada banyak hati yang perlu aku jaga meskipun adakala hatiku sendiri berkecamuk apabila ada unsur luar yang mencampuri urusan keluarga kecilku. Andaikata suamiku tak izinkan aku bekerja dengan keadaan anak masih kecil, kesihatan aku yang perlu dijaga juga, adakah aku perlu mengikut kata mereka pula?

Mereka tidak berada dalam situasi aku. Satu hari kalau diizinkan, Insha Allah aku cuba berkerja makan gaji semula. Aku sebenarnya tak kuat untuk hidup secara perkahwinan jarak jauh. Sebab itu aku dengan berat hati juga kene redho melepaskan pekerjaanku yang lalu demi suami dan anak meskipun banyak pihak yang akan bising dan bersuara seolah-olah aku buat keputusan yang merugikan diri aku. Sejujurnya hati aku lebih tenang di sisi suami dan anak. Jika aku memilih untuk bekerja ketika anak masih kecil, jiwaku kacau. Hatiku tak tenang. Moga Allah bantu Aku untuk hadapi segala ujian yang mendatang. Aku yakin di setiap kesulitan pasti ada kemudahan.

Penulis: Jubah Biru

Setiap artikel akan dibayar RM8