Uncategorized

Episod 1: Pengalaman jumpa bomoh pakai legging pink – Kisah Adam Syakir

Carry on my wayward son
There’ll be peace when you are done
Lay your weary head to rest
Don’t you cry no more
( Carry on Wayward Son – Kansas ( Supernatural soundtrack )

Bagi kami, kamu dan aku sendiri, kanser itu sesuatu yang menakutkan. Apabila dengar saja kanser disebut, siapa yang tidak takut, kecut, berdebar dan yang mula-mula terlintas di dalam kepala , otak dan medulla oblongata adalah tentang kematian. Jantung berdegup kencang, nafas tersekat di skala enam. Siapa yang gembira bila jatuh sakit? Siapa yang tak takut bila di sahkan ada kanser? Dalam facebook dalam segala media social pasti pernah terbaca tentang kanser walau sekelumit. Mengerikan menakutkan mengancam dan menyeramkan. Dan paling menghancurkan jiwa bila diri sendiri yang disahkan menghidap kanser. Ya, ini kisah tentang kanser dari pandangan seorang hamba Allah yang di uji dengan ujianNya.

Sekitar 2010, aku masih di tingkatan 6 sekolah menengah kebangsaan sultan ismail. Kenapa ambil tingkatan 6?
Form 6 susah lah form 6 ramai fail la form 6 sijil tak laku lah

Ehhh..biar lah aku percaya dengan diri aku. Tingkatan 4 dan 5 terlalu banyak kesilapan aku di MRSM Kuantan. Aku nak tebus balik di tingkatan 6.

2010 tingkatan 6 masih pakai baju sekolah..baju putih kasut hitam macam pelayan hotel..

Waktu belajar pun macam waktu sekolah dan seperti biasa aku balik dalam sekitar pukul 2 – 3.

Kelas di tingkat 3. Kemas beg. Buku simpan dalam meja. Berat kot nak bawak balik. Dah la teks semua tebal-tebal. Turun tangga sambal kunyah kacang. Kawan-kawan semua dah balik awal aku je acah-acah best student. Di tingkat 2, aku mula rasa macam ada sesuatu yang tak kena.

Peluh dah mula turun.cuaca bukan panas sangat tapi dah lencun baju.

Buang jauh-jauh benda mengarut dalam otak aku teruskan berjalan ke pintu depan sekolah.

Aduhhhh kaki lenguh.

Aduhhh kaki rasa sakit.

Aduhhhh peha rasa macam kena cucuk dengan jarum

Aduhhhh kaki kanan mula rasa pedih semacam

Aku berhenti sekejap duduk menyandar di tiang depan bilik disiplin. Peluh dah makin banyak.

Tak jauh dari aku budak-budak anak cikgu tengah main tiang-tiang. Bising-bising

Aku yang tengah sakit kepala serabut dalam hati rasa nak marah budak-budak tu. Tapi biar jelah pendam dalam hati.

Yelah budak baik kot dah la hensem kacak pulak tu .tak macam korang yang tengah baca ni .haaaa tengok ape orang sebelah..kau lah

Sakit di kaki mula menyucuk

Mula menjadi semakin teruk

Dari pangkal paha dah merebak sakitnya turun ke peha

Aduhhh Ya Allah kenapa ni tetiba sakit macam ni
( Dah sakit baru nak ingat tuhan. Manusia-manusia. Apa nak jadi )

Dengan kaki terhincut-hincut berdenyut sakit namati, aku seret sampai ke pintu depan sekolah.

Nak menangis mana boleh. Malu lah anak jantan kot.

Dengan menahan kesakitan yang amat. Azab yang amat menyucuk ke dalam tulang, aku tunggu ayah aku datang ( tak buat lesen lagi jangan lah kecam aduhhhh korang )

Dan bila aku di dalam kereta saga kereta kebal berwarna merah yang dibawa oleh ayah aku, terus riak muka yang sakit jadi normal.

Jenis aku tak tunjuk kalau sakit ke apa ke. Semua pendam jauh ke dalam hati.

Bila terus sampai di rumah aku terus masuk ke dalam bilik. Kunci pintu, buka uniform sekolah dan terus terjun ke atas katil

Tangan di dahi yang berkerut menahan sakit, aku mula terfikir macam. Dalam berfikir semua tu aku pun terlelap.

Keesokanya, sakit di kaki semakin teruk.
Parah
Pedih
Azab
Macam di tikam-tikam
Dan pada hari itu juga aku tak dapat bangun
Jangankan bangun nak angkat kaki pun azab yang amat
Sentuh dengan jari pun pedih
Meraung raung
Menjerit jerit
Kesakitan yang amat

Terkeluarlah air mata jantan menahan sakit.
Terbaring aku seminggu dalam kesakitan tak mampu nak buat apa. Ke tandas pun perlukan bantuan.
Lumpuh kaki kanan

Hilang upaya untuk bergerak. Hilang upaya untuk berjalan. Angkat kaki atau duduk bersila pun sakit.
Apa yang terdaya hanya menjerit menahan kesakitan.

Disebabkan kesakitan yang melampau lampau yang bukan normal, aku dibawa berubat kampung ataupun rawatan alternatif.

Didukung ayah dan adik aku ke dalam kereta. Yelah nak berjalan seksa yang amat. Lumpuh terus kot.
Duduk terbaring di seat belakang dengan meraung-raung macam kena sawan. Langgar bonggol jalan pun rasa macam kaki ditetak-tetak. Gigit bibir menahan sakit sampai berdarah. selepas 20 minit, Akhirnya sampai ke rumah seseorang pakar rawatan kampung / supernatural / bomoh.

Okay

Bomoh?

Nice

Didukung, dipapah masuk ke dalam rumah bomoh tersebut. Didukung macam pengantin baru tu. Sweetkan?

Melangkah je masuk dalam ruang tamu, ada dua tiga orang pesakit menunggu giliran. Tua muda semua ada. Yang menyandar ke dinding kesakitan. Yang duduk memandang lantai dengan muka kusut serabut. Yang menemani. Yang menunggu. Dan yang skeptikal macam aku. Dengan kesakitan aku menunggu giliran. Dah datang lambat kena la tunggu giliran. Bukan jenis nak potong que macam korang. 5 – 10 minit menunggu nama di panggil, kemudian aku terdengar pintu bilik bomoh terbuka dan nama aku di panggil. Aku yang kacak ni mendongak kepala ke arah bomoh. Dan otak aku mula cuba menghadam dan memproses apa yang aku lihat di depan aku. Umpama data internet yang dilanggan tinggal 30% sahaja.

Bomoh lelaki

Muda

Baju pink

legging pink

rambut di ikat

perwatakan yang lembut dengan suara yang gemersik memanggil dengan mendayu dayu
“ awak, adam boleh masuk sekarang “

Setiap artikel akan dibayar RM8