Kesihatan Mental

Ibu berkerjaya dan MDD-nya(Major Depressive Disorder)

Banyak nak ceritakan, tapi aku bukan seorang yang pandai mengarang. Aku ini seorang yang pendiam, jarang berbual kecuali dengan orang yang rapat. Aku ibu dengan 4 orang anak. Doktor diagnos aku dengan depression(Kemurungan) sejak januari 2014. Ujian DASS memang dah teruk sejak beberapa tahun sebelum tu tapi tak dapatkan rawatan.

[Ujian DASS digunakan untuk menyaring seseorang individu bagi masalah kemurungan(depression), kerisauan(anxiety) dan juga tertekan(stress)]

Nak cerita tentang masa aku sakit teruk tu, aku berhari hari tak boleh tidur. Menangis sendiri dalam gelap malam. Siang aku kerja macam biasa, urus anak-anak semua, tapi aku rasa seperti mayat hidup. Umpama zombie. Malam aku menangis, nak tidur tapi gagal. Berlarutan seminggu. Masa tu aku buntu sebab ada masalah dengan pengasuh anak-anak. Satu malam tu aku rasa macam seluruh dunia bertimpa atas kepala. Segala flashback peristiwa dalam hidup terimbas. Segala kesilapan kebodohan dalam hidup menerpa, all at once. 

Esok paginya kebetulan cuti sebab anak belum dapat pengasuh, aku memandu tapi aku rasa macam bukan aku yang memandu. Aku bawa anak 1,2 dan 4. Anak nombor tiga entah kenapa aku tinggalkan dengan suami. Suami ada masa tu dia tidur, tapi aku macam kena pukau antara sedar dan tak sedar, aku memandu ke rumah rakan sekerja lelaki yang paling buat aku stress kat tempat kerja.

Aku tak tau kenapa aku ke situ. Isterinya keluar kerja, dia, 3 orang anaknya, (salah seorangnya kawan kelas anak aku), dan ibu mertua dia ada. Lepas dia hidang minuman aku pun balik. Menuju pula ke rumah kakak aku. Sampai rumah kakak terus duduk rumah dia, dalam keadaan tak waras macam ada orang kawal badan aku. Mereka layan aku macam aku ni nak bunuh diorang pulak.

Lima hari duduk rumah kakak dengan anak-anak dan mak abah aku pun datang duduk nak jaga aku. Lepas lima hari aku pujuk suami aku tolong la bawa kami balik, duduk rumah kakak aku di layan macam orang gila. Di angkat paksa mandi air limau, telinga aku disiram air, di hembus-hembus kakak dan abang ipar aku berlagak macam bomoh.

Panggil perawat tah siapa. Aku tak perlukan semua tu. Tapi dalam hati aku sentiasa ingat ni ujian Allah.Kawan(nurse) call suruh datang klinik jumpa doktor, doktor tanya-tanya dan bagi surat rujukan ke pakar psikiatri. Begitulah kisah aku seorang ibu berkerjaya, pejuang MDD, dengan 4 anak kecil.

Dah bagitau dah yang aku ni tak reti mengarang. Panjang cerita tapi aku ringkaskan.
Sebelum aku tamatkan tulisan ini. Aku nak bagi panduan sikit kepada masyarakat:

1. Ibu berkerja perlu sokongan.
2. Pengasuh yang baik.
3. Majikan yang memahami.
4. Suami yang mendengar dan memberi moral support.
5. Cari kawan yang baik, bukan penghasut dan pendengki.
6. Yang penting utama sekali, ingat Allah sentiasa.

Penulis: Ayna

Kongsikan confession anda di sini >> Hantar artikel

Setiap artikel akan dibayar RM8