keluarga yang tidak membantu
Keluarga

Kisah Aku 1: Keluarga yang tidak membantu

Aku lahir dalam keluarga susah. Adik beradik pulak ramai. Bila susah je mesti anak ramai. Aku pun rasa macam apasal eh? Dah tau susah lagi nak beranak ramai. Lepas tu serba kurang. Iya anak tu rezeki. Tapi agak la sama.

Aku bukan apa. Kalau anak-anak boleh pilih mak ayah mesti anak-anak akan pilih hidup dalam keluarga kaya kan? Nak pulak anak tunggal dalam keluarga tu. Itu kalau. Masalahnya anak-anak tak boleh nak pilih. Hadap la sampai ke sudah. Gitu la.

Aku nak cerita kisah aku. Kisah aku mungkin panjang. Mungkin juga pendek. Ikut kepada kerajinan aku nak menulis dan hantar kat sini. Kalau aku rajin banyak la siri kisah aku yang kau orang dapat baca. Sama-sama ambik iktibar.

Bermula kisah aku diusia kecil. Aku tak pandai. Tadika pun aku tak pergi. Bukan sebab miskin. Tapi sebab aku memang tak nak pergi sekolah. Nangis bila mak atau ayah aku hantar tadika. Aku terus darjah satu. Masa darjah satu tu. Aku membaca pun tak pandai. Eja pun merangkak.

Tapi sebab aku jenis rajin aku boleh la membaca. Tapi aku masih dalam kategori tak pandai. Duduk pun kelas nak hujung-hujung. Abang, kakak dan adik aku semua pandai. Aku pun macam heran jugak la. Heran zaman budak apa la sangat. Heran macam tu saja la.

Lagi pula masa sekolah kami banyak bantu mak ayah untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Orang susahkan, banyak la usaha kena buat. Antaranya jual kuih. Letak di kedai-kedai makan.

Malam kena bantu mak aku buat kuih. Petang habis mengaji Quran kena pergi kedai kutip hasil jualan. Lepas tu kena pergi beli barang nak buat kuih malam nanti. Pagi esoknya bangun kena kira kuih letak dalam plastik. Kena label kedai mana nak letak. Berapa jumlah kuih. Semua tu kena tulis, kena tanda.

Ayah aku ada motor honda buruk je. Motor tu la ayah aku hantar kuih, hantar kami pergi sekolah. Kau orang boleh bayang dengan kuih sangkut kiri kanan handle motor. Dalam raga motor tu 3 biji beg sekolah kami. Kami bonceng 3 orang setiap hari.

Kadang hari hujan ayah aku selubung kami dalam baju hujan. Banyak kali jugak ayah aku jatuh motor masa hantar kuih dan kami pergi sekolah. Habis jatuh kuih dan kotor baju sekolah kami. Sedih? Gila tak sedih. Dari kecik dah reti makna hidup susah. Dan aku sedar diri kami orang susah. Sebab tu aku usaha belajar. Ayah aku beli basikal second hand.

Tak tau la orang kaya mana jual. Tak tau la berapa duit masa tu. Punya la tak mampu nak beli basikal baru. Masa tu seronok amat dah kami rasa. Basikal turun temurun. Bila dah ada basikal tugas hantar kuih sebelum pergi sekolah kami ambik alih sikit dari ayah aku. Pagi sebelum pergi sekolah kena hantar kuih dulu. Pernah jugak jatuh basikal masa lalu jambatan. Berat kot. Dengan beg sekolah lagi. Dengan kuih lagi. Dah la kurus kering. Tak cukup zat. Orang susahkan. Normal la kan? Tapi kami meneruskan hidup macam biasa. Terima seadanya.

Masuk sekolah menengah aku pergi sekolah jalan kaki. Dah besar. Hujan panas redah jalan kaki. Jauh jugak. Ada la dalam 5 km. Gigih sekolah sebab sedar diri orang susah. Kalau sekarang upah suruh jalan kaki aku tak sanggup rasanya.

Masa zaman kecik aku ingat balik. Aku mesti nangis sampai sekarang. Susah sangat. Kau orang bayangkan. 8 orang adik beradik. Kalau ikan seekor tu potong 2 kau orang tau. Ayam tu jarang sangat kami makan. Menu utama nasi putih dengan ikan bilis. Kalau goreng telur ke. Rebus telur ke. Memang potong siap-siap untuk 8 orang makan.

Pernah tak ada lauk nak makan. Kami pergi dalam reban ayam cari telur. Untung nenek aku bela ayam kampung. Ada hasil telur boleh buat lauk kami anak beranak makan.

Kalau beli buah rambutan, buah longan atau apa saja lah. Kira siap-siap berapa bijik sorang akan dapat. Tak boleh ambik lebih. Macam tu la hidup kami.

Sampai sekarang. Aku rasa aku macam tu. Bila makan apa-apa aku ingat orang lain. Kalau orang bagi apa-apa aku akan ambik satu je. Walaupun dah 37 tahun berlalu zaman susah tu. Aku masih kenang zaman susah aku tu. Dan aku tak pernah lupa.

Aku ada 2 orang abang. Anak lelaki yang diagung dalam keluarga aku. Apa saja anak lelaki minta pasti ditunaikan. Dari kecil benda hingga sebesar-besar. Antaranya nak beli seluar sekolah. Tak nak yang dah siap. Nak tempah khas. Dasar tak sedar diri orang susah! Aku ni kutip pakai je baju kakak-kakak aku. Beli baju dah siap. Selalu beli yang besar. Konon nanti besar tak perlu beli baru. Pada hal memang tak besar la. Tak cukup zat. Orang susah. Kurus kering. Pakai la aku baju besar gedabak tu. Tak apa. Aku syukur je.

Contoh lain, abang aku nak motor. Siap mogok. Tak nak makan. Tak nak keluar dari bilik. Dasar tak sedar diri! Dah la susah. Berlagak macam orang kaya. Nak tak nak ayah aku pinjam duit nenek aku. Oh ya. Kami tinggal dengan atok nenek ya. Kau orang boleh bayang tak. 8 beradik. 2 mak ayah. 2 atok nenek dalam satu rumah. Dah la susah. Atok nenek aku pun buat kuih jugak ya. Susahnya la hidup kami. Apa je kerja tak buat. Kau orang tau.

Pokok kekabu tu. Yang orang buat bantal. Buat tilam kekabu. Gigih la asingkan kapas kekabu. Masuk dalam lubang hidung. Batuk. Semata nak cari duit. Gigih la usaha. Dah la benda tu ringan. Kira timbang berapa sen sangat la jual. Tapi tetap gigih nak cari duit kan.

Zaman dulu rumah guna atap daun nipah. Tu pun atok nenek aku buat upah jahit atap nipah. Luka habis tangan nak siap satu atap nipah. Punyalah susah hidup kami.

Masa tu pakai perigi je. Mana ada paip. Sumber air utama tu la perigi. Jiran aku ni memang jahat. Dia pernah tolak nenek aku sampai jatuh dalam baldi. Masa tu aku kecik lagi. Tak guna betul jiran aku tu. Aku pun tak tahu la. Mungkin hina sangat jadi orang susah kan. Sampai ikut je orang buat apa. Dan tak melawan pun.

Bila dah besar ni. Aku tengok jiran aku tu. Hidup dia macam tu je. Anak-anak dia semua tak guna. Ada penagih dadah. Ada jadi macam orang gila. Tah gila sebab apa tah. Tapi aku percaya. Tu semua balasan Tuhan. Dan aku rasa Tuhan balas cash atas dunia.

Tapikan jiran aku tu tak insaf pun. Macam tu jugak perangai dia. Bila tah nak insaf. Dah tua bangka dah kot.

Berbalik kepada cerita kesusahan keluarga kami ni. Sikap berlagak abang aku tu. Sebab tu aku cukup benci dengan abang aku. Berlagak kaya. Dia tak nampak ke kesusahan kami? Apa yang dia nak, kena adakan. Sampai sekarang aku benci abang aku bila aku kenang balik.

Benda paling aku tak boleh terima. Mak ayah aku rajakan sangat anak jantan. Duit hantaran nikah pun dia orang sediakan lagi. Aku rasa macam tak gunanya abang aku tu. Nak nikah jaga ank orang pun harap duit mak bapak. Mak bapak pulak susah. Sejenis tak sedar diri. Dari kecil sampai ke tua tak berubah perangai.

Bila aku suarakan pasal ketidak puas hatian aku ni. Kau orang tau apa yang mak aku jawab? Mak halalkan. Mak bantu anak yang susah. Anak perempuan semua dah lepas masuk universiti. Lagi banyak duit habis.
What?

Kau orang tau. Aku dengan seorang kakak, 2 orang adik perempuan aku masuk universiti buat pinjaman PTPTN ya. Berapa banyak sangat duit kami habiskan? Lagi pun memberi pendidikan kepada anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa ya. Aku terkilan sangat dengan jawapan tu. Sampai sekarang aku tak lupa. Dan mungkin sampai ke mati aku ingat.
Anak lelaki seorang dan seorang lagi kakak aku tak masuk universiti. Itu bukan salah aku. Bukan salah kami anak yang berjaya masuk universiti.

Salah dia orang yang malas usaha. Masa sekolah main-main. Mengatal sana sini. Kawan dengan tah siapa je. Hidup berlagak macam orang kaya. Tak sedar mak ayah makan pun catu. Sejenis anak tak sedar diri. Huh! Lepas tu nak apa-apa senang pulak dia orang dapat. Ni pun salah mak ayah aku jugak sebenarnya. Kenapa bezakan anak-anak. Anak ini boleh. Anak ini mintak tak boleh? Sampai sekarang pun masih macam tu. Bila aku bersuara dia cakap aku dengki. Eh?! Apo yang nak dengki pun aku tak faham.

Lantak kau orang lah. Aku pun malas nak ambik tahu. Pasal dia orang tak masuk universiti tu. Padan la jangan nak guna alasan tak dapat peluang nak belajar di universiti sebab kami adik beradik yang berjaya masuk ke universiti pulak. Kau nak cakap tak masuk universiti pun boleh hidup. Boleh kerja. Boleh cari makan. Ok, boleh. Tapi masalah kau orang asyik mengungkit pasal kami yang masuk universiti ni banyak habiskan duit mak ayah. Hello! Kami pinjam duit PTPTN tau.

Dah tu masa dok belajar universiti tu. Aku siap buat part time segala benda yang boleh datangkan duit. Antaranya jadi tukang fotostat handout lecture bagi. Dapat la upah sikit. Dah tu dapat handout percuma. Punya lah nak jimat cermat sampai tahap tu aku usaha. Belum lagi bab jual segala macam kat hostel. Sampai kena sound dengan fellow. Tapi aku tetap gigihkan diri.

Yang aku tak boleh terima kakak aku yang tak masuk universiti mintak pinjam duit aku. Masa tu dia dah kerja misi. Bukan main bangga dia tak dapat masuk universiti pun dah kerja bagus. Bagus celah mana, pinjam duit dengan budak universiti. Sampai sekarang aku fikir bodoh jugak aku masa tu. Kenapa aku bagi dia pinjam duit aku ya? Sedangkan dia dah kerja kot. Misi pulak tu. Bukan misi swasta. Misi kerajaan tau. Tapi asyik tak cukup duit saja. Pelik aku. Sedangkan aku ni makan pun kena catu. Makan sekali sehari je.

Sanggup dia buat hidup adik dia macam tu. Memang tak patut bila aku kenangkan balik perangai kakak aku tu.

Macam aku tulis kat atas tu. Aku tak pandai. Tapi aku usaha. Sebab aku sedar diri aku orang susah. Aku usaha ubah nasib aku. Aku belajar 4 tahun baru dapat habiskan degree aku tu. Sebab gagal paper punya pasal. Budak tak pandai macam tu la. Kena repeat paper. Sedih betul. Aku pernah putus asa jugak la.

Aku decided nak tangguh semester. Aku pun kerja la. Cari duit. PTPTN dah tak cover dah. Terpaksa la aku cari duit nak sambung belajar. Semangat nak habiskan degree tu masih ada. Walaupun aku rasa macam dunia aku dah gelap dah. Macam dah tak ada harapan dah.

Berkat usaha dan sabar aku akhirnya berjaya jugak habiskan degree aku. Masa konvo pun mak ayah aku tak datang. Nanti la kalau aku rajin aku cerita bab 2 pulak ya. Untuk hari ni setakat tu dulu la cerita aku

Seterusnya: Kisah Aku 2: Zaman Sekolah, Universiti dan Pekerjaan

Penulis: Jamilah Jamil

Setiap artikel akan dibayar RM8