Keluarga

Kisah Aku 2: Zaman Sekolah, Universiti dan Pekerjaan

Sambung bab majlis konvo. Sebelum tu aku cerita pasal kisah cinta aku sikit la. Zaman study universiti kalau tak bercinta tipu la. Nak pulak aku ni famous sebab segala jenis kerja aku buat. Dari hostel, kedai fotostat, sampai jadi wakil persatuan. Gitu.

Masa sekolah dulu aku ni huduh je. Orang susahkan. Comot je. Tak ada la cinta monyet tu semua. Cuma masa masuk tingkatan 6 aku sempat la couple kejap. Masa tingkatan 6 tu aku struggle gila. Matlamat aku nak masuk universiti tu berkobar-kobar. Tengok adik beradik aku lepas SPM je masuk universiti. Aku jadi malu masa tu. Rasa macam tak guna betul. Sebab tu aku nekad nak belajar betul-betul masa STPM.

Mulanya aku macam tak nak main cinta ni. Sebelum ni aku ok je tak bercinta. Tapi naluri remaja masa tu tengah gatal. Terjebak jugak la aku dengan cinta monyet. Apa pun aku belajar tak lalai. Aku masih sedar aku orang susah. Aku tak hanyut dengan dunia cinta aku tu. Aku bangga jugak la dengan matlamat hidup aku. Akhirnya aku berjaya dapat 5P. Lulus semua subjek. Siapa ambil STPM mesti pernah rasa struggle nak kena lulus kedua-dua paper. Kalau lulus satu paper je kau akan dapat R.

Pakwe aku tak lulus STPM dia. Kecewa jugak la dia masa tu. Tapi aku cakap dengan dia. Tak apa. Ambik sekali lagi. Tak pun cuba la isi borang kerja kerajaan. Mana tau rezeki. Tapi dia macam putus asa. Dia cakap nak kerja. Aku ok je. Kerja la. Jangan jadi pengganggur dah la. Konon masa tu dah besar la. Dah ada plan lepas ni nak buat apa. Lepas tu nikah. Lebih kurang macam tu la. Cinta kami bukan cinta monyet la. Cinta betul-betul.
Tapi aku isi borang UPU. Pilih la universiti mana ikut nasihat cikgu. Mana yang aku layak dengan keputusan STPM aku tu.

Sementara tunggu result UPU aku kerja kedai makan. Kedai makan ni dalam hospital. Pakwe aku pergi KL. Katanya nak kerja sana. Aku iyakan je la. Malas nak buat semak kepala aku. Nak halang lebih-lebih pun bukan laki aku lagi iya tak.

Dalam masa tunggu result UPU aku gigih cari duit. Simpan duit. Bantu mak ayah aku. Oh, masa STPM aku dah tak minta duit poket. Aku pakai duit biasiswa aku sendiri. RM 90 sebulan. Siap ada lebih boleh bagi adik-adik lagi. Gila berjimat cermat aku masa tu.

Aku dapat masuk universiti di Sarawak. Gila tak happy. Masa tu aku rasa macam berbaloi usaha aku selama ni. Aku betul-betul capai matlamat aku. Aku nak ubah hidup aku. Masa kerja tu aku dapat beli Nokia 3315. Masa tu beli sim kad yang dalam kotak macam kotak isi CD player tu. Mahal tak usah cerita. Dah la topup paling murah RM 30 masa tu.

Berhubung la aku dengan pakwe aku. Apa yang paling aku terkilan. Aku kongsi berita gembira aku dapat tawaran universiti di Sarawak. Dia macam tak happy. Dia macam dah lain sangat. Mungkin sebab kami dah berjauhan. Jurang tu dah jauh. Tapi aku still fikir yang baik-baik saja. Aku anggap dia letih sebab kerja.

Masa daftar universiti aku dengan seorang lagi kawan satu sekolah. Dia budak lelaki. Kawan baik pakwe aku jugak la. Tapi aku tak rapat sangat dengan kawan pakwe aku tu. Mak ayah aku tak hantar. Orang susah mana ada duit nak beli tiket flight. Aku cekalkan diri merantau jauh.

Hari pertama kami sampai di Sarawak. Aku rasa macam nak lari balik kampung. First time aku pergi jauh macam ni. Aku fikir boleh ke aku hidup kat sini. Takut sangat. Aku nangis je. Lepas tu aku jumpa kawan aku yang nama Norliza tu. Budak Kedah. Dia dengan ayah la banyak bantu aku dari urusan pendaftaran sehingga kolej penginapan.

Tiap kali aku nagis. Liza ni cakap. Kau kena la kuat. Aku ni anak sulong. Lagi kena tunjuk contoh yang baik untuk adik-adik bawah aku. Kalau aku tak tunjuk habis la masa depan dia orang. Sama macam kau la. Kau tengok adik beradik kau masuk universiti. Sebab tu kau pun nak masuk sama kan?
Kita kena la sama-sama kuat. Kejap je ni. Lebih kurang macam tu la semangat kami berdua untuk terus stay di Sarawak. Kami daftar PALAPES sama-sama. Macam-macam kami buat sama-sama.

Dalam minggu orentasi tu. Aku busy sikit. Balik pun dah malam. Lepas tu, pagi buta dah kena bersiap. Mana ada masa nak selalu SMS atau call pakwe aku. Bila aku ada masa sikit. Aku call dia. Dia cakap tengah kerja. Aku ok je la. Sorry kacau kan. Lepas tu dia janji nak call balik. Sampai ke sudah dia tak call aku. Satu semester hubungan kami macam tu. Aku ni dah la join PALAPES jadual memang full.

Tiap kali kita orang call mesti ada point dia nak cari gaduh. Aku dah la penat. Aku cakap ikut dia la. Dia marah aku. Dia cakap aku dah lain. Aku dah berubah. Aku dah ada orang lain. Aku dah tak suka dia sebab aku budak universiti. Di budak kilang.

Sedih gila masa tu. Tapi aku relax je. Aku cakap dengan dia. Cuti sem ni aku turun KL. Nanti kita jumpa la. Aku tak berubah. Tapi aku busy dengan jadual aku. Dia macam tak faham. Tak nak terima apa yang aku cuba bagitau dia. Kecewa sangat aku masa tu. Sedangkan aku ni bukan main susah hidup kat sana. Aku cuma minta dia faham dan percaya aku je.

Masa aku cuti sem aku betul-betul turun KL. Masa tu kakak aku ada sana. Tapi kau tau dia tak datang pun. Memang aku rasa kecewa sangat. Aku dah ingatkan dia berulang kali. Nampak sangat yang dia dah berubah. Tapi dia tuduh aku berubah. Malam tu jugak aku balik kampung naik bas. Sepanjang malam aku fikir. Apa salah aku? Salah aku sebab dapat masuk universiti ke? Salah aku sebab aku kejar impian aku ke? Tapi aku tak dapat jawapan.

Sepanjang cuti sem aku kerja di kedai makan dalam hospital. Tempat lama tu. Kerja untuk kumpul duit lagi. Kau ingat aku ada masa nak serabutkan kepala aku dengan masalah cinta? Habis cuti sem aku sampai ke sudah pakwe aku tu tak jumpa aku. Kita orang macam tu je la. Ada call, ada la.

Ada SMS ada la. Sampai satu tahap aku pun dah malas nak ambik tau.
Masuk sem dua tahun pertama. Aku diuji. Kami gaduh sakan. Aku dah cuba yang terbaik. Aku terima dia walaupun masa tu dia kerja kilang je. Aku tak pernah perlekeh dia. Aku tetap sokong dia. Macam-macam aku cuba bantu. Termasuk hantar permohonan bomba dia. Dan alhamdulillah di dapat. Sejak dari tu. Dia makin jauh.

Kami selalu bergaduh. Aku broken heart gila masa tu. Keputusan paper aku terus fail. Sebab aku memang tak boleh fokus. Akhirnya aku ambil keputusan tukar no tel aku. Aku delete no fon dia. Dia punca aku gagal exam. Bila aku ingat balik. Aku memang rasa tak patut dia buat masa depan aku gelap. Nasib baik aku tak putus asa. Aku ingat balik matlamat aku. Sumpah aku benci gila kat dia.

Sejak dari saat itu. Aku tak bercinta. Aku mula sibukkan diri. Macam-macam aku cuba lupakan. Aku tak nak sedih sebab lelaki tak guna macam dia. Tahun akhir aku di Sarawak kami jalan-jalan di Water Front. Tempat lepak budak muda. Malam tu aku dengan 3 orang kawan perempuan dan seorang lelaki. Yang lelaki tu pakwe kawan aku tu. Dia orang dating bawak kami. Ala islamic la konon.

Dok lepak-lepak datang la kumpulan lelaki. Masa tu kau tak layan sangat. Kawan aku la dok tukar-tukar no fon. Macam budak nakal. Malas aku nak layan. Kawan aku tu tiap malam dok bergayut. Lepas tu satu hari dia cakap ada kawan dia minta no fon aku. Aku cakap jangan bagi.

Tapi si kawan aku ni. Tak faham bahasa. Dia bagi no fon aku. Maka bermula la saat ayat mengayat. SMS. Call. Mula-mula aku macam malas nak layan. Aku biarkan je. Lama tak lama aku pun terjebak jugak la. Maka bermula la cinta berputik.

Sebernya dia ok je. Banyak juga bantu aku. Kadang bagi duit belanja. Masa tu dia cakap dia budak poli. Lepas tu dia cakqp dah kerja. Kerja apa pun aku tak berapa pasti. Dia tak pernah cerita. Dan aku pun tak pernah tanya. Kami macam bercinta tapi bukan cinta gila nak mati. Biasa-bisa je.
Cuti sem tu aku balik KL. Pakwe aku tu ambik di KLIA. Ni fist time date kita orang. Sebelum ni call dengan SMS je.

Bila jumpa ni baru la dia cerita sebetulnya. Dia kerja askar. Dia tipu je cakap dia budak poli. Aku pun bukan nak judged orang. Kira macam ok je la. Malas nak ambik serious sangat. Lepas jumpa kejap tu aku balik kampung macam biasa. Aku kerja sepanjang cuti sem tu. Cari duit. Sedar diri orang susah.

Sebelum balik Sarawak tu. Pakwe aku ni cakap nak datang rumah. Jumpa mak ayah aku. Aku cakap la tak payah la. Awal lagi. Aku nak habis belajar dulu. Kerja. Lepas tu baru fikir kahwin.

Tapi dia macam beria jugak nak datang jumpa mak ayah aku. Aku pun beranikan diri cakap dengan mak ayah aku. Takut jugak. Lepas tu pakwe aku ni datang la daei utara naik bas. Masa tu kakak aku yang no 4 dah ada kereta. Dia la yang ambik. Lepas tu jumpa la mak ayah aku.

Biasalah orang tau. Tanya kerja apa. Dah berapa lama kerja. Macam-macam lagi la. Aku tengok dia ok je. Baik je dari gaya cakap tu. Satu malam je la dia datang kenal mak ayah aku. Lepas tu terus balik. Masa tu dia kerja di KL.
Sebelum balik tu dia minta izin nak bawak aku jumpa mak ayah dia pulak. Kiranya sebelum aku balik sarawak la.

Lepas dapat kebenaran mak ayah aku. Aku pun naik bas. Gi KL lepas tu dia bawa balik jumpa mak ayah dia. Masa ni baru nak kenal betul-betul. Kan sebelum ni kita kenal jarak jauh. Sampai kampung dia akhirnya. Rumah dia kecik je. Walaupun aku susah. Aku rasa dia lagi susah. Dah la dia anak sulong dalam keluarga. Macam segala belanja adik beradik keluarga dia yang support. Sedih jugak la aku masa tengok keadaan rumah dia.

Lepas kenal-kenal mak ayah dengan adik beradik dia. Aku pun balik sarawak. Terus hidup macam biasa. Busy dengan kelas dan aktiviti.
Dia dapat offer pergi kursus di india 6 bulan seingat aku. Makin jarak jauh cinta kami ni. Tapi aku terus terang kat dia. Yang aku nak fokus belajar dulu. Aku tak nak sebab cinta aku tak capai matlamat aku. Impian aku. Aku masih ingat tu. Jadi adik-adik ambik tauladan dari kisah aku ni.

Sepanjang dia di India memang lagi jarang berhubung. Masa tu mada ada WhatsApp ni semua lagi. Nak call memang mahal. Sekali sekala ada la dia call aku. Cakap pun sekejap je. Dalam tempoh tu. Nak jadikan cerita. Budak bomba yang pernah jadi pakwe aku tu muncul. Macam menguji kesetiaan aku. Tapi aku cakap terus terang. Aku memang tak maafkan dia. Dia dah rosakkan masa depan aku. Jadi aku cakap. Jangan pernah muncul dalam hidup aku kalau sekadar untuk buat aku benci dia. Nasib baik jugak jenis reti bahasa.

Aku pendekkan cerita. Lepas dia balik india. Dia cakap mak ayah dia nak datang merisik aku. Masa tu aku pun dah sem akhir. Aku tanya mak ayah aku. Ayah aku ok je. Mak aku macam berat tak nak bagi aku nikah lagi. Belum habis belajar. Belum kerja. Aku pun sebernya tak nak nikah awal sangat. Lagi pun kami kenal baru lagi. Macam tergesa-gesa sangat.
Lepas bincang gaduh bertekak. Akhirnya datang jugak rombongan merisik dari utara. Maka aku pun sah la memegang title tunangan orang.

Masa dalam tempoh bertunang ni banyak jugak cabaran. Final year ni. Aku dah gigih hantar resume. Isi borang SPA bagai. Rezeki aku dapat interview sebelum aku hantar last Projek Tahun Akhir aku. Aku minta pospone sebab aku kena siap PTA baru aku layak graduate.

Maka bermula episod kerja. Fist job aku jadi tele marketing je. Kau orang tau je la. Kerja ni kena angkat call. Kena call out. Penat tak usah cerita. Sampi handset sendiri pun kau rasa malas nak jawab. Cemuh sebab kerja kau asyik bercakap je.

Masa kerja ni aku duduk menyewa bujang dengan 3 orang lagi budak kerja sini jugak. Kita orang kiranya satu batch la masuk kerja. Masa mula-mula kerja aku tak ada transport. Dok menumpang kawan naik motor. Nasib baik kerja office hour. Boleh la sama-sama pergi, sama-sama balik. Tiap bulan aku hulur duit minyak kat dia.

Lepas confirm kerja aku pasang niat nak beli kereta. Masa tu dengan gaji budak fresh grad lepas la loan Saga. Masa mula-mula aku cakap dengan pakwe aku. Aku nak beli Saga. Dia pelekeh aku. Cakap kereta Malaysia tak bagus. Macam-macam dia kondem aku. Sampai hina no plate aku.
Masa ni aku rasa kau ni apa masalah? Bukan aku minta dia jadi penjamin aku ke apa ke. Bukan aku mintak duit dia nak bayar down payment ke apa. Aku tak mintak duit dia kot. Tapi cara dia cakap tu menghina merendahkan aku.

Masa ni dekat setahun dah kita orang tunang. Tapi ada je modal dia nak cari gaduh dengan aku. Dan aku pun rasa macam semak bila asyik gaduh benda yang remeh. Mula la aku rasa dia ni memang tak sesuai dengan aku.
Bila aku cakap pasal nak putus tunang. Dia boleh angkut mak ayah dia dari utara datang KL suruh pujuk aku. Gila betul. Tapi masa ni aku dah tawar hati. Aku baru je nak mula hidup. Baru je dapat kerja. Baru je merasa ada harta sendiri. Walaupun sebijik Proton Saga yang dia perlekeh tu.
Mak ayah dia pujuk aku. Aku cakap baik-baik. Aku tak nak rosakkan masa depan aku. Bagi aku pilih cara hidup aku. Sebelum aku dengan dia nikah. Baik la kami putus tunang.

Tak cukup dengan hantar mak ayah dia. Dia call mak ayah aku kat kampung pulak. Suruh pujuk aku jangan putus tunang. Semak gila aku rasa. Sampai aku nak fikir sendiri untuk masa depan aku pun tak ada hak.
Mak aku pujuk. Dia dah banyak habis duit bantu aku belajar. Habis duit teman aku pergi konvo. Banyak habis duit merisik dengan bertunang. Dah buat persiapan nak nikah bagai. Jangan sampai dia bomohkan aku sampai aku jadi gila.

Dan aku rasa benda ni tak patut mak aku cakap. Dulu beria tak nak bagi aku tunang. Sekarang beria tak nak aku putus tunang. Aku pun tak faham. Apa hak aku untuk buat pilihan?

Pasal konvo tu. Memang aku dah ada duit untuk konvo. Aku boleh uruskan sendiri. Aku dah kerja masa tu. Tapi dia cakap dia nak beli tiket flight. Aku boleh duduk hostel sepanjang konvo tu. Dia cakap dia ada kawan di sarawak. Tumpang rumah kawan dia. Lepas tu nak mengungkit banyak habis duit pulak. Aku pun tak faham. Mak ayah aku pun. Bila aku cakap masa konvo nanti datang aku nak beli tiket. Beria tak nak. Dan aku pun tak faham.

Langsung tak meraikan kejayaan aku berjaya habiskan pengajian aku. Walaupun aku terpaksa extend 1 tahun. Aku tak putus asa. Aku tetap kejar impian aku. Tapi mak ayah aku tak raikan kejayaan aku. Memang sedih sangat masa tu. Orang lain datang dengan mak ayah. Paling tak pun seorang wakil. Ada kawan aku tu satu keluarga datang. Aku menangis masa nama aku di sebut. Akhirnya aku berjaya genggam ijazah. Aku dah buktikan aku berjaya. Aku usaha. Walaupun banyak cabaran yang aku terpaksa hadapi.

Aku yakin setiap usaha pasti ada hasilnya. Jangan pernah putus asa. Itu nasihat aku untuk sesiapa yang sudi baca tulisan aku ni. Berbalik kepada cerita tunangan aku tu. Akhirnya aku dengan dia nikah jugak. Nanti aku sambung cerita lagi. Banyak dugaan dan cabaran alam rumah tangga aku. Sehinggalah kami akhiri dengan bercerai.

Harap ada masa dan ruang untuk aku kongsi lagi kisah aku. Cuma aku nak pesan, hidup ini perjungan. Jangan pernah berputus asa. Jangan pernah berhenti berharap. Sekalipun kita tak ada sesiapa. Ingat Allah ada bersama kita.

Sebelum: Kisah Aku 1: Keluarga yang tidak membantu

Penulis: Jamilah Jamil

Setiap artikel akan dibayar RM8