Kanser

KISAH SURVIVAL KANSER DARAH ADAM SYAKIR

Tim RoS Confession dihubungi bekas pesakit kanser darah; Adam Syakir. Saudara Adam telah diuji dengan kanser yang dikenali sebagai chronic myeloid leukimia.

Apakah leukimia?

Leukimia adalah kanser yang terjadi pada sel yang menghasilkan darah di tulang sum-sum. Sel ini tidak akan matang secara normal apabila menjadi sel leukimia dan akan membahagi pada kadar yang lebih cepat. Malah sel ini tidak mati pada kitaran waktu yang sepatutnya. Sel yang galak membahagi ini akan menyasarkan sel-sel yang sihat pada tulang sum-sum akan seterusnya memenuhi saluran darah pesakit leukimia. Kesannya, sel darah putih akan meningkat dengan banyak. Apabila sel ini memasuki saluran darah, ia akan terus merebak pada bahagian lain dan menggangu fungsi sel yang lain.

Apakah chronic myeloid leukimia?

Ia berpunca daripada sel myeloid pada sum-sum tulang. Pada tahapan kronik, sel ini akan matang secara separa, di mana sel ini akan kelihatan seperti sel yang normal – namun hakikatnya ia tidak! Sel ini tidak berfungsi untuk melawan jangkitan seperti sel darah putih yang normal. Jangka hayat sel ini juga panjang daripada sel yang normal, merebak dengan cepat dan menyasarkan sel darah putih yang normal. Biasanya, tahapan kronik lebih susah untuk disembuhkan berbanding tahapan akut. Tetapi nikmat kesembuhan buat Saudara Adam adalah satu anugerah!

Ikuti kisah beliau.

dewasa ini kita digemparkan dengan pelbagai berita penyakit kanker yang makin berleluasa ( ayat SPM ).. ye betul tu..sekarang kanser tu dah macam demam biasa2..dah macam batuk2..contoh macam lepak2 minum air..tetiba keluar topik.. weh ko ada dengar cerita tak anak pak leman senget kena kanker..baik budak tu dulu.. kanser ni dah macam sesuatu yang normal..normal tapi membunuh..tapi macam mana nak bunuh pembunuh ni? semua tahu nak lawan kanser ni dengan chemotheraphy.. dan ini pengalaman aku chemo dan transplant dari view seorang pengidap CML

( ni gambar semester brapa tah..tengok muka tu..sebab malas makan ubat jadi barai camtu..kids,please dont do this)

sebelum nk buat transplant..kena ambik sum2 tulang dulu.. OMG..ambil air sum sum tulang..no no nanti anak aku lumpuh..aku tak bagi doktor amik sum sum tulang nanti lumpuh..pernah dengar ayat camtu?? biasanya pakcik makcik selalu fikir camtu..ambil sum2 terus lumpuh..dengar la sangat jiran tu cerita..memang jiran tu ad PHD pun.. kalau korang nak tau..BMA atau bone marrow aspire ni, lansung takde side effect pape..macam aku ni..dah berpuluh2 kali ambik air sum2 tulang..syukur masih elok lagi berjalan berjimba berzumba..jangan risau..doktor2 nurse semua pro..just bius zup zap siap terus 5 jam boleh balik rumah mais fifa17..lepas ambil sum2 tulang..tnggu result..then ambil darah adik beradik..untuk apa ambil darah adik beradik? haaa ape lagi next gambar la..susah la semua nak kena ajar

ambil darah adik beradik tu untuk cari sum sum tulang siapa paling sesuai..penderma ni susah nak cari..yang betul match pun susah nak dapat..tapi syukur..ALLAH bagi aku peluang..aku dengan adik aku match 100%..bila dah ada penderma..sesi kaunseling pulak..haaaaaa masa ni la doktor cerita semua..ape side effect..peratus2 semua tu..time ni doktor bilang..50 50 je peratusan survive..survive oi..hidup mati..memang la orang cakap ajal maut di tangan tuhan..tapi hamba mana yang tak tergugat semangat bila dengar 50 50 je peluang..fikir2 taknak buat..tapi bila fikir2 lama2 lagi..ambil keputusan nk carry on je..sebab ni last chance..lepas ni takde dah..bak kata pepatah amin..alang2 menyeluk pekasam biar ke pangkal buku lali..there is no turning back!

maka bermula la episod aku kena chemo..4 kali pil chemo..beratus2 kena telan..dan dua kali chemo ayaq warna itam kuning..sebab apa chemo? sebab nak hancur buang terus sum2 tulang yg ada leukimia tu..basicly tulang aku takde sum sum tulang lah..yilekk..pernah makan sup gearbox??yang duk sedut2 tu lah sum2 tulang..sedap??? masa chemo ni..tak payah cakap la..seksa yang macam mana tak dapat den nk explain lebih detail..tubuh panas..kulit jadi hitam terus..kulit mengelupas mcm terbakar..tekak perut mcm terbakar..ulser dalam mulut mcm cendawan banyak2..rambut gugur..muntah2 keluar acid perut..muntah hijau..nak makan tak lalu..nak minum perit..tubuh kurus sekurus2nya..

wowwww ada air sirap..baca elok2 tu..drainage bag..tu merah semua tu darah..datang mana darah tu??dari pundi kencing..yaaa tu sebab kencing berdarah..orang cakap sengugut tu seksa..ni aku rasa macam sakit sengugut kot..sakit yang amat..tak tahan sakit sangat sampai doktor bg morphine..morphine pun kena up dosage smpai ak tak rasa pape dengan tubuh aku..sbb terlalu sakit..kepada lelaki..nak pasang urine catheter ni sangat seksa..korang google sendiri la..maleh aku nak cerita ngeri sangat..dah la size tiub bapak besa..
2 3 minggu jugak nak kasi clear darah dalam pundi tu..ni sebab chemo tu effect semua..cell baik cell tak baik semua kasi hentam..

betapa barai nye kulit lepas chemo..terbakar koyak sini sana..hancur terus..macam pakai produk ada merkuri..tp ni teruk lagi..wkwkwkwkwkwkwk..tu rantai aku pakai sebab nk support hickman catheter..direct masuk dalam dada terus..apa barang cucuk kat tgn.. ( acah2 kuat padahal pedih giler masa nak pasang )

ni kalau tv3 tengok konpem masuk bersamamu..dah macam OKU plak..tapi tu la aku..lepas chemo..kurus..rmbut gugur bertompok2..kulit hancur..time ni la aku ada depression..stress semua muncul ada..dan masa ni la matatabi muncul teman..mana tak sedih tak stress..bila tengok diri sendiri keadaan macam ni kan..jauh beza dari dulu2..

cylosporin..imatinib..prednisolone..penincilin..semua ubat ni aku makan..aku tak tau berapa ribu ubat dah ada dalam tubuh aku ni..dah macam gula2..ni kalau masuk pertandingan kumpul dan menang for sure aku menang motosikal..muntah2 tu perkara normal..cyclosporin tu ubat petai..bau macam petai..fungsi nak kawal hormon..side efek dia jambang tumbuh lebat..semua bulu2 lebat..misai janggut kening.. imatinib ni nk kawal cell2 leukimia dalam badan..side effect dia muntah dan kulit jadi gebu gebas putih melepak..haha..prednisolone untuk jaga hati dan kidney..yela dah hentam ubat riban2..kesian kidney kena overwork..

haaaa tengok tu..bberapa bulan lepas tranplant..rambut tu aku taktau kenapa jadi putih..doktor pun pelik..tak pernah2 jadi camtu..sampai ada cakap aku kaler rambut..fitnah tu ta owlooo baimm..pipi tak payah cerita la..bila telan steroid memang wajib jadi camtu..kembang semangkuk tingkat.

Setiap artikel akan dibayar RM8