Lembik Sebab demam denggi

Mengumpulkan semua jenis cerita daripada segenap masyarakat.

Lembik Sebab demam denggi

3 tahun lepas saya pernah terkena demam denggi. Saya dan ibu saudara kena pada masa yang sama. Kami tidur di bilik berlainan tapi dengan tingkap terbuka. Seminggu atau 2 minggu selepas itu, seluruh badan saya secara tiba-tiba terasa lembik pada satu malam.

Saya terus demam selama 4 hari, dengan kepala pening & berat, tak mampu bangun, hanya merangkak setiap kali ke bilik air dan tak dapat tidur. Sakit-sakit sendi tak surut-surut. Hari ke-5 saya ke hospital dan disahkan demam denggi.

Pada hari itu juga saya dapati ada keluar sedikit darah di kemaluan & doktor beritahu itu memang simptom denggi. Saya diminta untuk datang tiap-tiap hari untuk pantauan platlet darah. Bilangan platlet darah merah saya yang paling rendah hanyalah 79 & saya tidak perlu untuk di tahan wad.

Manakala ibu saudara saya perlu ditahan wad kerana platlet darah terlalu rendah sehingga ke 10 sahaja. Saya diminta untuk minum banyak air & makan untuk kembalikan kekuatan badan. Sepanjang terkena denggi memang tiada langsung selera makan. Hanya makan secubit nasi sahaja.

Saya ada cuba makan sup ketam & air daun betik, & platlet darah saya naik sedikit ke 81. Saya mula menunjukkan bintik-bintik merah diseluruh badan, & doktor kata itu adalah petanda baik, ia menunjukkan yang badan sudah mula melawan virus denggi.

Saya terus dipantau dengan datang ke hospital setiap hari, sehingga platlet darah naik ke 131, dan 2 minggu kemudian diambil sampel darah lagi sehingga naik ke tahap normal 400 & disahkan bebas denggi.

Saya & ibu saudara pulih pada masa yang sama & Selama hampir 2 minggu selepas itu, kami masih terasa kesan sampingan seperti pening dan tidak mampu fokus. Saya pulih seperti sedia selepas itu & lebih peka terhadap isu-isu denggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *