Uncategorized

Mencari kepastian diriku – Syarifuddin

Aku tersekat antara dunia realiti dan dunia keamukan aku sendiri. Aku tertekanan dengan masalah dunia dan pada masa yang sama minda aku selalu dalam keadaan berperang.Kerana aku masih lagi tidak dapat mencari identiti diri..Masih merasa janggal dan merasakan diri teramat asing kepada orang sekeliling…Bagiku aku mahukan diriku sendiri mencari ketenangan.Lari daripada drama dunia yang hanya menekan aku kebawah ke dalam lubang kesedihan.Pada masa yang sama,aku merasakan diriku bodoh kerana tidak mengambil sebarang keputusan walaupun mengudang risiko.

Pernah sekali aku merasakan dahulu..di mana dalam diriku merasakan sudah mati.Aku merasakan diriku hanyalah kambing hitam dalam kumpulan kambing putih..Apabila dalam diriku mati…Aku marasakan..Adakah semua tindakan dan cara komunikasi terhadap manusia adalah “lakonan” semata-mata?Adakah semua pekara yang aku cuba lakukan hanya aku hanya lakukan sahaja.Sebab itulah kejanggalan aku semakin menebal,Diam ku semakin sunyi dan Tindakanku hanya membabi buta….Tetapi aku ada sinar harapan..Harapan yang mana aku merasakan itulah yang aku menjadi penenang hidupku yang kekal iaitu muzik.Aku merasakan mendengar lagu ada cara terbaik untukku mendalami diriku..Mencari siapa sebenarnya aku..Dan dari genre lagu tertentu menyebabkan personalitiku sentiasa berubah.tidak hairanlah aku mencuba mendengar hampir emua jenis lagu yang sesuai denganku. Aku juga tidak takut menyatakan yang aku juga dahulunya peminat kumpulan unsur “gelap sedikit” seperti MCR,Nrivana dan sebagainya yang lebih aku singkatkan jenis lagu yang mereka keluarkan “Tuntutan kebebasan remaja dan beri aku kekuatan” kerana lagu mereka banyak unsur sedih dan “memahami perasaan remaja”.Dari situ aku mula meminati mereka dan pada masa yang sama mencari personalitiku sendiri yang mana memberikan kesan amat besar bagiku.Pada akhrnya aku mula sedar..Minatku dengar lagu lebih kepda Jazz..kerana aku merasakan dengan alunan alat muzik itu sahaja boleh membawa sejuta makna bagiku bergatung dengan alunan dan tajuknya…

Seperti aku nyatakan tadi yang mungkin muzik adalah penenang hidupku..Tetapi aku mula sedar..masih ada merasakan kekosongan dalam diriku yang aku pendam yang hanya membunuh diriku.Jadi,aku mengambil langkah yang terbaik untuk tidak menyebabkan diriku jatuh kedalam jurang kemurungan dengan cara meluah perasaan pahit manisku kepada ahli keluarga dan rakan-rakanku.Mungkin dalam konteks meluah ini rakan-rakan mungkin lebih mengetahui “big picture” kesedihanku berbanding dengan ahli keluargaku hanya ku ceritakan sedikit sahaja.Aku tidaklah menceritakan lebih detail lagi kepada rakanku kerana aku takut mereka tidak akan memahami.Jadi aku hanya ceritakan separuh sahaja.Aku bersyukur kepda Allah Maha Besar yang telah menyedarkan aku melalui rakanku yang menasihatiku.Rakanku tersebut sentiasa menjadi penasihat terbaik kepadaku.Sentiasa berfikiran terbuka dan senitasa tegas kepadaku jangan pernah menjadi orang dewasa yang gagal di dunia dan akhirat.
Jadi aku mengambil langkahku degan mendekati Allah.Mempelajari ilmu agama dan ilmu pengetahuan.Cuba memberanikan diri untuk bertanya dan melawan perasaan kejanggalanku.Lama kelamaan aku menemui sinar harapan yang sebenar-benarnya.Penenang,pendamping dan dimana aku akan dikembalikan..Iaitu Tuhan Yang Satu Allah S.W.T.Aku mula menyedari yang diriku kurang kerohanian.Bagiku,aku senitiasa berdoa selalu kepada Allah mengampuni dosa-dosaku.Aku mahu menyerahkan diriku kepada Allah kerana Aku tidak mahu menyerahkan diriku kepada diriku sendiri kerana aku tidak mampu.Kerana Aku manusia..Tidak dapat lari daripada kesilapan.Selain itu,ilmu pengetahuan pula..Aku menyedari betapa luasnya ilmu pengetahuan di dunia ini yang aku dapat pelajari.Kerana ilmu yang baru dapat mencabar pemikiranku apatah lagi yang aku paling minati.Pada masa yang sama,aku dapat menteladani mana-mana sejarah dunia supaya kesilapan yang lama tidak diulangi lagi.

Ini sahaja aku ceritakan..separa cerita hidupku..Masa lampauku yang penuh hitam putih.Manusia..Sedarlah!Sekiranya kamu umat islam…Sedarlah! Jangan pernah berputus asa kepada Allah..Jangan berputus asa untuk meminta keampunan-Nya.Kerana Allah Maha Mengampuni Lagi Maha Pengasih.Jangan lupa untuk meningkatkan kualiti dirimu..Kerana Setiap semua manusia lahir mempunyai keistimewaannya sendiri.

(Minta maaf dengan karangan saya yang tidak seberapa dan Bahasa digunakan tidak menarik.Tetapi saya lakukannya hanyalah luahan dan perkongsian sahaja.)

Setiap artikel akan dibayar RM8