Uncategorized

PANDUAN BERCAKAP DENGAN PESAKIT KANSER – DARI FB ADAM SYAKIR

Penulis asal artikel ini tidak diketahui, namun ia sudah berlegar-legar di alam maya. Panduan bercakap dengan pesakit kanser ini RoS Confession ambil dari page Adam Syakir dengan izin.

Berhati-berhati apabila mengeluarkan perkataan kepada pesakit kanser. Ini adalah panduan kepada orang yang dekat dengan pesakit kanser samada pasangan, saudara mara ataupun sahabat baik. Ada perkataan yang pada pendangan kita sesuai tetapi tidak sesuai dikeluarkan.Fakta-fakta ini diperolehi hasil dari soal-selidik pakar-pakar kanser dan psikologi terhadap pesakit kanser. Berikut adalah 10 ayat yang TIDAK PATUT dan SEPATUTNYA keluar dari mulut anda sebagai pasangan ataupun orang yang dekat dengan pesakit kanser:

1. TIDAK PATUT: ”Saya tidak boleh berhenti menangis dan seringkali terbangun tidur memikirkan tentang awak”.
SEPATUTNYA: ”Saya merasa sedih kerana anda perlu melalui semua ini. Jangan ragu-ragu untuk menangis depan saya, bercakap dengan saya ataupun awak boleh saja tidak mahu bercakap dengan saya”
2. TIDAK PATUT: ” Bersyukur kerana kanser yang anda hidapi bukan jenis yang itu (jenis kanser lain yang lebih serius)”.
SEPATUTNYA: ”Beritahu saya mengenai kanser yang anda hidapi, jika awak sudi. Saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pengalaman yang awak lalui”
3. TIDAK PATUT : ” Adakah awak merokok” seolah2 mencari punca penyebab kanser.
SEPATUTNYA: ”Saya simpati kerana awak menghidap penyakit ini”
4. TIDAK PATUT: ” Kawan saya mengidap penyakit kanser yang sama, saya akan ceritakan kepada awak semua berkenaan dengannya”. Seolah anda menjadi wakil menceritakan pengalaman orang lain.
SEPATUTNYA: ”Sahabat saya juga mengalami penyakit kanser yang sama, adakah awak ingin menghubunginya untuk berkongsi,?”
5. TIDAK PATUT:”Jika ada apa-apa yang boleh saya bantu, beritahu saya”. Menambah beban pesakit berfikir apakah bantuan yang diperlukan.
SEPATUTNYA: ”Saya bercadang untuk masak bubur hujung minggu ini, boleh saya bawakan juga untuk awak? Ataupun awak ada makanan lain yang saya boleh dapatkannya?”. Anda membuat cadangan dan keputusan yang spesifik.
6. TIDAK PATUT:”Saya faham perasaan awak”. Bagaimana mungkin orang lain memahami perasaan perasaan pesakit kanser, perasaan seseorang pesakit tidak akan sama.
SEPATUTNYA: ”Saya tak dapat nak bayangkan bagaimana perasaan awak”. Kenyataan ini akan membuka peluang kepada pesakit untuk bercerita dan meluah perasaan.
7. TIDAK PATUT: ”Saya ada dengar pakar kanser sudah boleh menyembuhkan penyakit kanser ini dengan rawatan……” Jangan memandai membuat kenyataan yang anda sendiri tidak pasti dan pesakit hanya menganggap ianya untuk menenangkan mereka.
SEPATUTNYA: Tanyakan soalan : “Adakah awak merasa sesuai dengan rawatan yang diberikan? Ada ke ubat ataupun teknik rawatan baru yang boleh membantu?”
8. TIDAK PATUT: Tidak berkata apa2 ataupun SENYAP MEMBISU. Pesakit akan menganggap anda tidak memperdulikannya ataupun tidak kisah.
SEPATUTNYA: Jika anda tidak tahu apa yang hendak diucapkan, nyatakan kepadanya ” Saya tidak pasti apa yang perlu saya katakan tetapi saya bersedia mendengar, ataupun apa sahaja yang boleh membantu awak”
9. TIDAK PATUT: ” Segalanya akan berjalan dengan baik”. Perkataan ini tidak akan memberi apa-apa kesan kerana pesakit tahu anda hanya ingin membuatnya rasa lega sedangkan anda sendiri tidak pasti.
SEPATUTNYA: ”Saya sentiasa bersedia untuk membantu awak dan akan bersama awak untuk mengharunginya”.
10. TIDAK PATUT (selepas tamat rawatan) :”Tahniah, awak sudah selesai rawatan kemoterapi/radioterapi” ataupun ” Lega sudah selesai kemoterapi/radioterapi”. Fokus sebenar pesakit adalah samada kansernya sembuh atau tidak dan bukan tamatnya rawatan.Perasaan risau dan takut akan berterusan walaupun rawatan sudah tamat. Kadang-kandang kegembiraan yang anda luahkan itu mungkin dianggap lega kerana beban anda sudah dibuang. Simpan perasaan lega sebab itu kepada diri anda sendiri.
SEPATUTNYA: Tanya soalan terbuka ”Bagaimana perasaan awak sekarang, selepas rawatan kemoterapi?” Anda memberi kebebasan kepada pesakit untuk menentukan respon mengikut kehendak mereka

Setiap artikel akan dibayar RM8