Pengalaman saya berhenti merokok

Mengumpulkan semua jenis cerita daripada segenap masyarakat.

Pengalaman saya berhenti merokok

Saya dulu perokok.. dan alhamdulillah batang rokok terakhir saya sedut adalah pada tahun 2012.

Kenapa saya berhenti? Sebab saya nak kahwin dan saya baru tahu yang ia difatwakan haram..

Saya selalu berazam, “kalau aku nak kahwin, aku kena berhenti merokok dulu”.. ini adalah syarat persediaan yang saya letak pada diri sendiri sebab saya tak nak zuriat saya warisi tabiat buruk dan potensi penyakit perokok pasif.

Dan sama juga buat bakal isteri saya, sana tak nak dia terpaksa tahan bau busuk suami perokok.

Jadi apa saya buat? Saya kongsikan bagaimana saya sendiri berjaya berhenti merokok.

1. Pasang Niat

  • Set lah big why, biarlah niat tu besar yang boleh jadi keazaman yang tinggi, yang berbaloi untuk sesuatu perubahan drastik dilakukan
  • Niat saya adalah supaya bakal isteri dan anak-anak yang bakal dilahirkan tidak terdedah dengan bahaya asap rokok, bau yang tak selesa, dan contoh tabiat buruk

2. Ubah pergaulan dan jauhkan diri

  • Jauhkan diri buat sementara waktu dari kawan-kawan yang merokok, terus terang pada mereka yang anda tengah struggle nak berhenti merokok
  • Jangan melepak
  • Selalu bergaul dan bersama dengan orang yang tak hisap rokok, yang anda segan untuk nyalakan rokok depan mereka

3. Mind conditioning (ni paaaaling penting)

  • Kena bina cara fikir/persepsi lain tentang rokok
  • Sahabat saya bayangkan yang rokok ni ibarat babi, jadi dia tak nak sentuh, apatah lagi letakkan di bibir, macam ni lah dia boleh berhenti 1 tahun lebih awal dari saya
  • Saya pula katakan pada diri saya, “kalau rokok pun tak boleh tahan, macam mana nak tahan fitnah dajjal”
  • Bayangkan juga orang tersayang yang happy sangat bila anda berhenti merokok

4. Kurangkan sikit-sikit

  • Bulan terakhir saya merokok, saya cuma limit kan merokok pada waktu malam sahaja, jadi dari jam 8pm-12am sebelum tidur, kadang sempat 4 batang sahaja
  • Set limit pada diri sendiri, minggu terakhir, saya set limit 3 batang sehari, dan semua ni waktu malam je

5. Susahkan diri untuk merokok

  • Jangan simpan stok rokok, kalau nak terpaksalah beli batang

6. Puasa sunat

  • Ni memang membantu point ke 5
  • Juga jadikan point ke 7 lebih effective
  • Puntung rokok terakhir saya adalah selepas saya buka puasa dengan sebiji burger McDonald’s. Sampai sekarang ingat 

7. Do’a taufiq dari Allah SWT

  • Sebagai manusia beragama, kita tahu yang tiada daya melainkan Allah dan kejayaan lebih mudah dikecapi dengan taufiqNya
  • Puasa adalah ketika do’a mustajab

Semoga perkongsian saya ni bermanfaat dan praktikal untuk anda yang sedang struggle nak berhenti merokok tu.

Ini sekadar perkongsian dari pengalaman yang saya yakin semua orang boleh buat, cuma kesan mujarrab dia pasti lah berbeza.

Dan 3 bulan selepas dah berjaya berhenti merokok pun, elakkan dulu dari bergaul dengan kawan-kawan yang merokok.. supaya tak timbul craving tu.

Dekat sebulan dah berhenti, terus saya call mak saya bagi tahu yang saya bersedia dah untuk nak kahwin.