Pesakit buat perangai ketika musim COVID-19
Pelbagai

Pesakit buat perangai ketika musim COVID-19

Aku kerja di satu klinik kesihatan. Jadi semua tahu sekarang adalah musim COVID-19 dan kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penyakit COVID-19 ini. Jadi sepatutnya semua orang tahu perkara ini dan juga sikap tu perlu berubah bila datang ke fasiliti kesihatan.

Ini kerana terdapat pengubahsuaian yang kita buat bagi membendung penyakit ini menjangkiti staf kesihatan mahupun pesakit yang datang disini dijangkiti dengan penyakit COVID tersebut di dalam klinik.

Disini saya nak cerita pengubahsuaian yang kami telah buat di klinik kami.

1. Menutup semua pintu lain untuk masuk ke klinik

Klinik kami mempunyai banyak pintu untuk pesakit masuk. Ada pintu belakang, ada pintu tepi, boleh naik lif daripada tempat parking dibawah.

Jadi ini menyebabkan pesakit senang untuk bergaul dengan pesakit yang lain sebelum mengambil nombor dan mudah untuk menyebarkan pesakit tersebut.

Penyelesaiannya, kami tutup semua laluan lain dan buka satu laluan sahaja untuk pesakit masuk supaya setiap daripada pesakit disaring sama ada mempunyai risiko jangkit COVID-19 atau tidak

2. Tidak membenarkan pasangan atau orang yang tidak berkenaan masuk.

Contoh kalau isteri sahaja sakit, suaminya tidak boleh masuk. Jika anak sakit, hanya seorang ibubapa sahaja yang boleh masuk.

Kecuali jika perlu baru dibenarkan masuk

3. Mengubah tarikh rawatan susulan untuk penyakit kronik

Contoh penyakit kronik adalah penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Ini adalah golongan berisiko yang apabila menghadapi jangkitan COVID-19, komplikasinya adalah sangat berbahaya.

Jadi temujanji perlu diubah atau dilambatkan supaya wabak COVID ini semakin berkurangan

Pesakit buat perangai

Ini baru nak cerita berkenaan dengan seorang pesakit yang buat perangai.

Dia datang ke klinik untuk temujanji disebabkan sebelum ini dia pernah ada batuk selama lebih 2 minggu. Jadi dia telah menjalani ujian pemeriksaan kahak untuk mengetahui ada jangkitan kuman tibi atau tidak.

Tiba di kaunter saringan, dia cakap dia baru sahaja mengambil ujian COVID-19 disebabkan ada seorang jemaah disuraunya mempunyai jangkitan COVID. Dan dia pun pernah berjumpa dengan pesakit tersebut.

Jadi aku suruhlah dia untuk tunggu keputusan COVID tersebut dahulu beberapa hari dirumah. Jika negatif, baru datang semula ke klinik untuk temujanji tersebut.

Tak dia nak jugak jumpa doktor. Dia kata:

  1. Ramai lagi yang tak periksa COVID tersebut. Dia merasakan seolah-olah yang penyakit tersebut tidak berbahaya dan susah nak menjangkiti orang lain. Dia juga merasakan bahawa dia tidak akan dijangkiti penyakit tersebut
  2. Dia siap cakap kalau macam ni lebih baik saya tak bagitahu tadi. Mesti saya dah lepas masuk dan jumpa doktor.

Aku bila dengar pesakit nak menipu tentang COVID ni lagi menyirap hati.

Aku yang terlalu jarang sound patient haritu pun dah hilang sabar siapa cakap, “musim-musim COVID ni pun Encik nak buat perangai teruk macam ni, nak jadi penipu”.

Lepas tu dia dah mula nak bergaduh mulut dengan aku.

Tuan-tuan dan puan-puan semua, pesakit macam inilah yang akan menyebabkan rantaian jangkitan COVID tidak akan berhenti. Sikap pentingkan dirinya terlalu menebal sehingga terdetik di dalam hatinya kalau boleh berbohong dia nak berbohong.

Sedang bergaduh mulut bagai, datanglah sister tolong leraikan. Dialah yang cari keputusan kahak dia dan sebagainya.

Aku dah malas nak masuk campur dah dengan orang macam ni. Sebab terlalu pentingkan diri

Nasihatnya disini, bila datang ke fasiliti kesihatan, mohonlah cakap perkara yang benar dan yang sebenar-benarnya. Kerana jika anda berbohong, bukan sahaja anda orang lain juga akan dijangkiti penyakit ini.

Dan jika ada orang yang mati disebabkan anda berbohong, nanti kat akhirat anda jawablah depan tuhan.

Sekian, Pesanan ringkas ini ditujukan khas untuk mereka yang mementingkan diri sendiri diluar sana

Setiap artikel akan dibayar RM8