Reaksi

(REAKSI PEMBACA) – AKU MINAT FIZIK, TAPI TAKUT TAK ADA MASA DEPAN KERJAYA? – SCIENTIST FRUST

Untuk post yang bertajuk AKU MINAT FIZIK, TAPI TAKUT TAK ADA MASA DEPAN KERJAYA? kami ada menerima berbagai-bagai respond pembaca. Di sini, ingin kami kongsikan maklum balas dari salah seorang yang ingin dikenali sebagai Scientist Frust. Mungkin ini sebahagian dari suara kecil pembaca kami, tetapi benarkah situasi sebegini yang terjadi?

##############################################

Aku graduan sains tulen dan aku akan jawab persoalan #4 tu.

Aku akan kongsi bahagian aku dengan kawan2 batchmate aku. Aku bersedia dikecam pegang persepsi negatif dan sebagainya tapi aku fikir students akan datang wajar diberi pendedahan 2-2 belah sisi (positif/negatif) berlandaskan realiti dalam membuat pilihan.

Untuk perkongsian aku, ini dia, 3/4 coursemate fizik aku masa degree lari bidang dan kerja bahagian tak berkaitan dengan kelayakan. Stigma masyarakat? Tak payah nak cakap lah. Masa awal2, “Lah, graduate field yang power, kerja ni je?” dah biasa di telinga. Masa awal nak masuk course, akan datang janji2 dari mulut2 manis mengatakan “oh, negara sekarang memang akan pakai saintis, STEM sedang berkembang bla bla bla”. Korang akan menyesal bila graduate dan tgk pasaran kerja di industri hambar, lepas tu mulut2 ni akan tarik korang ke untuk sambung postgraduate only later on you’ll find it’s not any better in universities academia (read; nak jadi pensyarah universiti).

Caveat is posts are limited and you’ll be fighting claws to get in and grant fundings too are limited (Nak maintain servis mesin buat experiment pun kadang tu fakulti tak cukup dana tau). Masa tu mulut2 yg tarik korg ke alam ni akan senyap dan cabut, hey KPI dah naik, yang berjanji manis naik pangkat dapat pencen. Job’s settled. Nobody cares about fixing the system.

Tapi aku heran, dalam sistem ni macam tak ada suara beri amaran pasal krisis semua ni. Buat macam tak wujud padahal yang akan merana adalah students dengan stipend yang rendah, kena pula drag waktu pengajian sebab masalah2 teknikal sebegini. Yang betul2 kental akan grad dan mungkin sambung postdoc. Postdoc pun ada halangan dia juga, tapi biarlah aku kongsi setakat ni dulu.

Selagi pihak atasan, universiti atau mana-mana tak nak pikul tanggungjawab sosial bela nasib2 graduan2 sebegini (sekurang kurangnya perlu ada sistem untuk kawal kuota supply dan demand supaya nasib graduan2 ini terjaga), aku akan terus fight untuk cerita perkara sebenar dan perjuangkan nasib2 graduan2 sains tulen macam mana diorang bela golongan2 professional bila tak ada tempat atau berlaku lambakan.

###################################

Penafian: Pihak RoS Confession berperanan untuk mengutarakan kisah-kisah yang bakal disampaikan. Kami tidak bertanggungjawab dalam mengubah kandungan cerita yang disampaikan. Tujuan kisah-kisah ini adalah sebagai iktibar buat pembaca.

Setiap artikel akan dibayar RM8