Sakit Tumit ingatkan sebab Saka

Mengumpulkan semua jenis cerita daripada segenap masyarakat.

Sakit Tumit ingatkan sebab Saka

Assalamualaikum WBT

Saya nak kongsikan kisah saya sakit tumit. Saya sebenarnya sudah menderita sakit tumit untuk beberapa bulan. Pada mulanya saya cuba berurut di kampung. Setelah beberapa hari urut, sakit tu masih ada. Tukang urut tu cakap ini disebabkan angin. Kena urut lebih lama lagi, tapi hasilnya masih sama.

Saya cuba untuk buat rawatan doktor pula. Katanya saya menghadapi Plantar Fascitis sebab saya ni selalu berjalan. Jadi doktor mengesyorkan saya mengambil ubat tahan sakit terlebih dahulu, berehat dan menggunakan pelapik tapak kaki ketika berjalan jauh.

Doktor juga menasihatkan saya untuk membuat pemeriksaan secara keseluruhan memandangkan saya sudah mencapai umur 40 tahun. Kirannya untuk check kencing manis dan fungsi organ dalaman seperti buah pinggang dan hati.

Tapi saya menolak sebab saya rasa saya masih sihat lagi. Ingat nak selesaikan masalah kaki ini terlebih dahulu. Tetapi sakitnya masih lagi tak kurang-kurang lepas jumpa doktor.

Sakitnya seolah-olah rasa terbakar dan menjadi lebih teruk lagi ketika saya berjalan. Saya macam dah berputus asa. Selama beberapa bulan saya tak pergi jumpa doktor, saya cuba pula rawatan bomoh.

Bomoh yang juga dikenali sebagai Tok Mat ini mengatakan bahawa adanya saka yang cuba menguasai diri saya dan dia mula masuk daripada kaki terlebih dahulu. Sebab tu kaki saya rasa mula panas-panas.

Berminggu rawatan dibuat, tapi saka masih tak mahu keluar-keluar lagi. Maksudnya kaki saya masih lagi terasa sakit dan kepanasan lagi.

Keadaan saya pula semakin teruk. Dengan kencing menjadi semakin kerap. Badan pula terasa lemah sangat. Asyik nak minum sahaja. Memang sudah rasa saka tu seola-olah menguasai diri.

Satu hari tu tergerak hati nak pergi berjumpa dengan doktor sebab dah tak larat sangat dah. Bila berjumpa dengan doktor, perkara pertama yang dia periksa setelah tahu saya asyik kencing sahaja adalah dia check gula saya.

Alangkah terkejutnya saya bacaan gula saya 20. Jadi doktor pun bagi tahu bahawa semua simptom yang saya hadapi sebelum ini sebenarnya bukan saka. Ianya disebabkan kencing manis. Sakit tumit, rasa letih sangat dan kencing kerap semua tu adalah salah satu simptom kencing manis.

Kencing manis itu sendiri mungkin sudah berlaku dalam waktu yang lama doktor tu kata. Sebab tu dia dah serang saraf kaki saya waktu tu. Selalunya ia menyebabkan kaki kebas. Hanya sebilangan kecil sahaja menyebabkan kaki tu merasa sakit dan terasa panas.

Rasa menyesal tak ikut cakap doktor aritu untuk periksa kencing manis. Sekarang ini saya perlu mengambil ubat kencing manis untuk mengawal kandungan gula dalam badan saya. Kata doktor kalau tak kawal lagi, mungkin kena start cucuk insulin.

Nasihat saya kepada yang baca karangan saya ini, buatlah pemeriksaan kesihatan dengan kerap. Berubat kampung tu boleh, tapi jangan lupa juga perubatan moden yang telah terbukti.

Jangan jadi macam saya, ingatkan saka yang masuk. Rupanya kena kencing manis.

Penulis: Asiah

Kongsikan confession anda di sini: Kongsi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *