Saya dan rokok.

Mengumpulkan semua jenis cerita daripada segenap masyarakat.

Saya dan rokok.

Seawal usia 16 tahun saya menjadi perokok aktif. Antara jenama kegemaran saya ialah dunhill, Marlboro dan Pall Mall. Menjadi kebiasaan untuk merokok setiap kali bangun pagi, selepas makan, sebelum pergi kerja, memandu, ketika sedang berak, selepas berbuka puasa.

Jika travel menggunakan kapal terbang, perkara utama yg saya akan buat ialah sebatang rokok sebelum penerbangan dan selepas penerbangan. Tabiat merokok saya berterusan sehingga saya berkahwin.

Episod saya berhenti merokok ialah apabila anak ke dua saya menghidap asma. Pada permulaan saya menjangkakan faktor keturunan. Setelah diselidiki rupanya ianya kesan dari rokok yg saya hisap setiap hari.

Doktor Ong (pakar kanak-kanak) menyatakan, jika ibu bapa merokok jauh dari anak sekalipon, bahan kimia rokok akan melekat dibadan, perokok akan bergerqk bersama bahan kimia rokok di badannya. Saya terkejut dan menyesal! Lalu saya bertekad untuk berhenti merokok.

Langkah berhenti merokok yg saya ambil:

  1. Mencatat bilangan rokok yg dihisap beserta tarikh dan masa
  2. Rokok dan pemetik api ditinggalkan di rumah. Tidak merokok jika keluar bersama anak
  3. Mengurangkan kuantiti batang rokok setiap minggu. 
    – minggu 1 = 15 btg sehari
    – minggu 2= 10 btg sehari
    – minggu 3&4 = 8 batang sehari
    – minggu 5-6 = 6 batang sehari
    – minggu 7-8 = 3 batang sehari

Final: Saya pilih hari jumaat sebagai 24jam dalam sejarah hidup tidak merokok. Alhamdulillah!! Selepas 24 jam itu, saya berhenti sepenuhnya tanpa menghebahkan kepada sesiapa. Setelah 3 bulan berhenti.. isteri menyapa saya .. “eh! U dah stop smoking?” Saya bagitahu saya dah 3 bulan stop.

Kesan dari berhenti:

  • Nafas segar
  • Badan bertenaga
  • Bersemangat
  • Sentiasa positif
  • Rasa hidup lebih bermakna
  • Fit
  • Nampak lebih muda dr usia

Banyak lagi kesan yang baik.. 
Jadi, mulakan azam anda untuk berhenti merokok

Kongsikan confession anda di sini: Kongsi confessions