Selamat Tinggal Rokok

Mengumpulkan semua jenis cerita daripada segenap masyarakat.

Selamat Tinggal Rokok

Saya mula terjebak mengikut kawan ketika berusia 25 tahun. Waktu itu saya masih menuntut di sebuah kolej di Selatan Tanah air. Tabiat merokok berterusan hingga aku bekerja.

Aku masih meneruskan tabiat merokok hingga aku mendirikan rumah tangga. Aku dikurniakan seorang anak. Ketika anakku berusia 6 bulan anakku mula selalu kena lelah. Kerap berulang ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pernah 3 kali anakku di tahan di wad akibat lelah. Doktor nasihatkan saya berhenti merokok agar anak dan keluarga lebih sihat. Namun ketika itu semangat untuk membuang rokok bukan mudah. Tabiat merokok terus aku amalkan.

Pernah aku membeli ubat homeopati untuk mengurangkan ketagihan merokok, namun aku tewas. Tuhan mengurniakan rezeki lagi. Menjelang Ramadhan Isteriku hamil buat kali ke dua. “Sudah masuk 2 bulan kata isteriku”. Aku masih ingat ketika itu 10 Ramadhan. Malam itu selepas Tarawih aku singgah di sebuah gelari makan dan makan mi dan milo.

Selepas habis makan dan membaca sms, aku meraba rokok dunhill kegemaran ku di poket baju. Tertinggal rupanya. Pehh! Aku balik ke rumah sepanjang perjalanan balik ke rumah terbayang wajah isteri ku yang hamil serta anakku Syahira.

Aku tidak mahu anakku yang kedua berpenyakit lelah seperti kakaknya. Aku kena bercerai talak 3 dengan rokok. Dalam hati aku bertekad tidak mahu merokok lagi mulai hari itu. Sampai di rumah aku terus membuang sekotak rokok ke dalam tong sampah.

Walaupun perit kurang selesa peringkat awal berhenti merokok aku terus kuatkan semangat. Beberapa kali ke klinik akibat dada kurang selesa. Alhamdulillah dengan penerangan doktor dan bersabar berhenti merokok, kini sudah 12 tahun saya sudah berhenti merokok.

Paling menggembirakan, anak kedua saya bebas dari penyakit lelah. Satu memori yang tak saya lupakan, 10 Ramadhan tahun 2017 saya mula berhenti merokok. Bulan Ramadhan bulan terbaik untuk berhenti merokok. Sayangilah keluarga dan jangan pentingkan diri sendiri. 

Penulis: Insan

Hantar confession anda di sini: Hantar Confession