Pelbagai

Surat Saman sampai kerana tak bayar PTPTN

Assalamualaikum semua. Nama aku zan. Disini aku nak menceritakan kisah hutang ptptn aku. Sebelum itu minta maaf jika karangan ini tidak sedap dibaca kerana aku tidak pandai mengarang.Aku diantara mereka yang masih belum menjelaskan hutang ptptn . Satu sen pun aku tak bayar lagi.

Bukan aku hendak bangga diri dan bukan aku tak nak bayar tetapi ada sebabnya. Aku sedar hutang memang kena bayar dan aku cuba hendak bayar hutang ptptn ini. Aku faham konsep ptptn ni dan pentingnya kepada pelajar baru. Aku tak percaya janji-janji PH dalam bab ptptn. Pendidikan percuma dan penghapusan hutang ptptn ni bagi aku benda tak realistik.

Setakat sembang nak raih undi sajalah. Tetapi terima kasih jugak kepada PH, merasa jugak pergi SIAM. Aku bekerja sendiri. Aku berniaga. Ketika mula-mula aku pergi ke pejabat ptptn untuk berbincang pasal bayaran hutang aku diminta slip gaji atau statement bank selama 6 bulan. Sebelum itu aku meminta untuk bayar sehingga 150 sebulan kerana aku rasa mampu ketika itu.

Tetapi pegawai ptptn kata dia perlu tengok statement bank aku selama 6 bulan juga sebelum membuat keputusan. Aku yang ketika itu baru mula berniaga juga dengan untung tak seberapa kena tunggu beberapa bulan sebelum kembali ke ptptn. Berniaga ini pun bukannya menjadikan kita cepat kaya. Dalam hidup aku ,cuma cukup-cukup makan.

Aku juga perlu menampung perbelanjaan dikampung.Belum kira dari projek atau pelaburan yang gagal lagi. Aku lihat kawan aku yang membayar hutang ptptn rm150 sebulan pun sangkut. Bila didalam sistem, bila lewat bayar dia di blacklist. Entah bagaimana dari niat nanti-nanti nak ke pejabat ptptn bertukar selamanya tak pergi.

Sehinggalah satu hari dapat surat saman dari ptptn. aku berhubung dengan pegawai bertindak dan aku kena bayar rm1k sebelum boleh meneruskan bayaran bulanan . Aku kemudiannya teruslah pergi ke pejabat ptptn untuk berbincang. Salah aku sebab e-mail yang aku link dengan pihak ptptn berbeza dengan e-mail sekarang.Masa belajar kadang kita ada banyak e-mail.

Aku tidak tahu rupanya aku ada jadual bayaran sebanyak rm250 sebulan. Tidak diberitahu masa mula-mula aku ke pejabat ptptn dulu. Kini aku sudah terlepas dari tempoh jadual bayaran itu. Aku berkata bahawa kalau nak bayar rm250 sebulan pun ok . Aku nak mula bayar. Tetapi pegawai itu kata aku sudah habis tempoh jadual berbayar dan perlu membuat penstrukturan semula.

Untuk penstrukturan semula ini aku perlu membayar rm3k dulu sebelum mereka memutuskan bayaran bulanan. Aku minta 1k sahaja dahulu tetapi tidak dapat. Aku ceritakan tentang pegawai yang berhubung dengan aku ketika dapat surat saman itu.Dia kata boleh rm1k tetapi pegawai pejabat ini tetap nak rm3k. Dan masa tu tak silap kita nak meyambut ramadhan rasanya.

Aku rasa rm3k ni baik aku simpan untuk kegunaan aku dulu. Dari cakap-cakap dengan pegawai nak ke ptptn nanti, sampai sudah aku tak pergi. Kadang aku terpikir tak bolehkah ptptn amik sahaja rm50 sebulan dulu,setahun kemudian baru naik ikut kemampuan pembayar.

Sekurang-kurangnya duit masuk jugak. Aku rasa geram,nak bayar ptptn macm nak bayar kereta.Nak kena ada deposit dulu. Benda ni buat jadi panas hati.Buat malas nak bayar. Aku tetap salahkan diri aku jugak sebab tak mampu nak kumpul duit dan meletakkan keutamaan bayar hutang ptptn ini.

Pusing ikut mana pun hutang kena bayar.Tetap salah aku.Maafkan aku , aku hendak bayar tapi itulah dengan karenah pegawai dan sistemnya. Aku akan bayar,tengah kumpul deposit tapi, itulah hidup ini bukan semata-mata nak bayar hutang ptptn.

Sekian.

Setiap artikel akan dibayar RM8