To be or not to be

Mengumpulkan semua jenis cerita daripada segenap masyarakat.

To be or not to be

Ini kisah saya. Saya menulis dalam keadaan masih dalam dilema tapi penuh dengan rasa happy. Paling penting saya dah tak perlukan ssri ( antidepressant) untuk rasa betul betul gembira dengan hidup ini. Alhamdulillah. Dan ramadhan ini saya anggap satu platform untuk saya betul betul memohon dari Allah jalan mana yang perlu saya pilih untuk mencari rezeki.

Ya. Saya masih lagi seorang houseman di sebuah hospital. Tapi dalam dilema untuk resign. 
Dalam masa kurang 2 tahun pengalaman housemanship saya. Saya kehilangan tiga insan yang menjadi tulang belakang saya.
5 bulan bekerja atok saya meninggal di hospital sama saya bekerja.
8 bulan bekerja ayah saya meninggal di ccu juga di hospital sama saya bekerja. Sayalah yang menghentikan cpr ayah saya sendiri yang dilakukan rakan sekerja saya. Saya baru sebulan posting medical masa tu. Dan tu adalah pengalaman cpr kali kedua untuk saya.

Betul betul saya hilang masa tu. Saya MIA(missing in action bermaksud tidak datang kerja). Didiagnos Major Depreasive Disorder. Ambil ubat. Saya pergi hospital tapi tak mampu masuk wad. Saya dikira MIA. Jadi gaji saya disekat. 

Kemudian tahun yang sama nenek saya yang mengasuh dari kecil didiagnos kanser. Masa tu sedikit motivasi untuk bekerja. Beliau pun sedih dengan keadaan saya. Jadi saya teruskan bekerja tanpa gaji selama 4 bulan. Hinggalah nenek saya menghembuskan nafas terakhir 2bulan lepas. Dalam masa tersebut saya terlalu faham bahawa bukan mudah untuk memjaga orang yang sakit terlantar. Seminggu selepas nenek saya meninggal saya mendapat notis pendek untuk bertukar hospital. Semua ni terlalu laju untuk saya. Saya tak sempat nak rsa apa apa.

Saya cuma mampu menarik nafas panjang. Jujurnya saya redha dengan semua ni walaupun terlalu sukar. Cuma saya akan belajar redha juga jika menjadi seorang doktor bukan lagi rezeki saya. 
Semua yang jadi menyebabkan saya cepat jadi depressed. Pandangan saya tentang kehidupan banyak berubah. Apatah lagi sekarang ni saya cuma ada ibu dan adik adik saya.

Salah ke kalau saya rasa nak resign sebab nak duduk dengan family je. Nak cari rezeki tapi nk family depan mata. Salah ke kalau saya taknak terlalu stress then depressed? Salah ke?

Penulis: Umaira

Kongsikan confession anda disini: Hantar confessions