Uncategorized

Acoustic neuroma – Kisah Puan Aini

NOTA: Neuroma akustik (schwannoma) adalah tumor yang tidak berbahaya* Рtidak agresif, yang berkembang pada kawasan yang terlibat dengan keseimbangan dan saraf pendengaran sekitar telinga sehingga otak. Saraf ini dikelilingi bersama untuk membentuk saraf vestibulocochlear (saraf kranial kelapan).

Tekanan pada saraf dari tumor boleh menyebabkan kehilangan pendengaran dan ketidakseimbangan. Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti Puan Aini, sila segera berjumpa doktor.

Aku tak tau nak mula dari macam mana, dari mana atau bagaimana. Yang aku tau, kisah ini bermula dari dua tahun lepas. Lepas bersalin anak ke dua.

Aku perasan rasa kebas di atas bibir sebelah kanan. Tapi masa tu, aku tak berapa peduli, sebab masa tu lagi fokus dengan masalah baru muncul, hand eczema yang lagi teruk. Setahun ku menderita sebab hand eczema yang azabnya hanya Tuhan yang tahu.

Alhamdulillah, lepas setahun baru sembuh. Cuma kebas2 di bibir ini makin merebak sampai kepala. Lidah pun terkena sekali. Anehnya kebas2 ni hanya bahagian muka kanan.

Mula2 pergi klinik, dr hanya ingatkan infeksi saraf dan preskribsi neurobion. Berbulan pun berlalu, tapi kebas2 masih sama. Mencuba nasib pula kalau2 kebas tu disebabkan gigi geraham bongsuku yang melintang dalam gusi.

Siap buat minor surgeri, buang gigi tu. Dengan harapan, kekebasan tu akan pulih. Tapi tidak juga. Kebas2 tu masih sama. Setahun berlalu, kebas2 tu masih ada. Kali ni aku pergi klinik lain dan ceritakan masalah kebas tu.

Masalah kebas tu dah bertambah masalah lain. Air liur akan tiba2 meleleh dari sebelah kanan, tanpa sedar. Doktor tu pun refer kes aku ke hospital. Di hospital, doktor bagi steroid dan antibiotik. Dia suspek aku ada Bells palsy. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Kebas2 tu masih ada.

Aku dah mula bosan. Tapi masih berharap penyakit ni akan sembuh. Aku pergi hospital jumpa doktor sekali lagi. Kali ni beliau terus refer kes aku kepada pakar telinga. Di situ, pakar tu buat pemeriksaan yang detail.

Ujian pendengaran aku okay, tapi belah kanan x sekuat belah kiri. Aku perasan, kadang aku macam pekak sikit. Kalau bertelefon pun aku terpaksa guna telinga kiri sbab elah kanan x jelas. Pakar tu periksa kebas muka aku guna putik kapas. Memang xda rasa.

Sampaila dia try uji cuit mata kanan aku dengan putik kapas. Xda refleks langsung! berbanding mata kiri aku boleh rasa putik kapas tu dan berkelip setiap kali dicuit. Tapi mata kanan ku x perasan pun putik kapas tu. Barula aku ingat, tiap kali aku cuba lukis eyeliner belah kanan, selalu termasuk dalam mata, dan aku x rasa pun.

Di situ, pakar suspek lain macam. Dia suruh buat mri dan terangkan serba sedikit prosedur tu. Masa buat mri tu, aku berharap xda apa yang serius. Tapi pada masa yang sama, aku harap mri tu jumpa sesuatu. Berdebar tunggu keputusan mri.

Keputusan mri pun keluar, dan memang sahkan aku ada tumor sebesar telur dekat kepala ku yang menekan saraf muka. Sebab tu ada kebas. Tumor acoustic neuroma iaitu salah satu kanser otak! Masa dapat tahu pasal tumor tu, memang sedih.

Tapi bersyukur juga sebab tumor tu tidakla seagresif kanser. Cuma disebabkan tumor tu dah membesar 4cm, doktor memang nasihatkan suruh buang. Tak lain x bukan memang kena buat surgeri. Dan aku sedang menunggu tarikh surgeri. Doakan semoga baik2 sahaja dan kurang komplikasi.

Kongsi konfesi anda di link ini https://rootofscience.com/rosconfession/pengakuan/

Setiap artikel akan dibayar RM8