Berita

Undian instagram membuatkan remaja ini membunuh diri

Kemurungan adalah sesuatu realiti yang perlu diterima oleh masyarakat. Jika ia tidak diambil endah, dibuat ringan dan sebagainya maka ia boleh berakhir dengan kematian.

Dan inilah yang berlaku pada seorang wanita muda yang telah membunuh diri apabila mendapat undian mati sebanyak 69% daripada poll di instagramnya.

Kematian remaja ini telah menjadi bukti pada orang ramai diluar sana bahawa kemurungan itu adalah sesuatu yang wujud dan tidak boleh diambil ringan walaupun seseorang itu masih bergaul di dalam masyarakat ataupun di media sosial. Berapa ramai artis yang kita lihat telah bunuh diri walaupun dirinya dikelilingi peminat dan sebagainya. Remaja ini adalah salah satu bukti bahawa kemurungan itu wujud walaupun dirinya sentiasa bergaul dengan orang lain.

Pernah menyatakan hasrat untuk membunuh diri sebelum ini

Selain itu, remaja tersebut juga pernah membuat siaran(post) di dalam laman facebooknya dengan ayat

“Wanna Quit F**king Life I’m Tired”.

Daripada FB remaja tersebut

Ini merupakan salah satu daripada simptom kemurungan yang teruk dimana wanita itu telah menyatakan hasratnya untuk terus hidup.

Perkara ini mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) dan mereka mengeluarkan saranan untuk pengguna media sosial menjadi pengguna yang lebih prihatin dan peka kepada sebarang post yang cenderung kearah tindakan bunuh diri. Ini bagi mengelakkan insiden tersebut berulang lagi.

Kisah ini merupakan salah satu kes kemurungan yang kita dapat jumpa di dalam komuniti kita. Sebenarnya kes ini banyak telah berlaku di dalam masyarakat kita.

Anda pula bagaimana?

Jika anda mempunyai kisah kemurungan yang anda ingin kongsikan, sila tekan link ini

Setiap artikel akan dibayar RM8